Wednesday, March 20, 2013

Suria Cafe - Girrawheen

Baru-baru ni kami ke sunday market yang agak jauh dari rumah, iaitu di bahagian utara Perth dekat Karrinyup. Beza sunday market di sini ialah setiap pengunjung dewasa dicaj sebanyak $1 manakala kanak-kanak percuma, sama seperti di Market City, Canning Vale. Kalau di Belmont dan Melville, cuma perlu masukkan dalam bekas yang disediakan dan tiada siapa yang menunggu untuk mengutip wang.

Sunday market Karrinyup ini diadakan di kawasan letak kereta berbumbung Karrinyup shopping centre. Banyak juga barang yang menarik di situ, tapi saya sekadar beli aqua shoes dan 4 novel kanak-kanak Enid Blyton yang masih elok dengan harga 50 sen sebuah!

Selepas beli barang di Karrinyup, kami pun menuju ke kedai makan terdekat dengan kawasan itu. Alang-alang dah berada jauh dari rumah kan.. Kedai ini dimiliki oleh orang dari Christmas Island. Kalau tengok peta, Christmas Island ni terletak lebih dekat dengan Indonesia, tapi ianya adalah dibawah negara Australia. Makanan yang diwar-warkan adalah makanan melayu.. Jom kita tengok gambar.

Waktu urusniaga dan logo halal Malaysia

Gambar luar kedai

Sijil halal dari WAHA

Senarai Menu

Tengok semua macam sedap

Name card dan alamat (websitenya dah tak wujud)

Bahagian dalam kedai yang selesa

Dah lapar masa ni.. kulit sun burnt sbb baru2 ni join swimming kat Cottesloe Beach

Seronok nak makan kari kambing

Kari kambing kaw kaw

Cendol yang serba kekurangan

ABC takleh celen (challenge) ABC ori tapi kurang-kurang sedap sikit aje dari cendol

Nasi lemak, peminat nasi lemak kata sedap

Beriani ayam.. nasi terlalu berempah buat saya. Family saya kata sedap makan sini, tapi kurang bg tekak saya pula :p

6 comments:

  1. kak ummi, tgk sgt sedap! teringat sunday market, dekat launnie pon kena bayar rm1, letak kat tong,dekat sydney byk kedai halal, tp sayangnya, jual arak, owner cina, kena hati2 skit kalo makan d sydney

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zul, mana sama makan kat kedai mamak lagi sedap. Kak Umi rindu nasi kandar nih.. dah lama tak makan kat pelita. kalau dok kl mesti cari nasi kandar pelita.
      kat sini pun ada kedai cina halal. ada perhati juga dalam fridge tengok tak ada arak. kebanyakan kedai halal sini pun bg BYO mungkin sbb nak cater yg bawa arak sendiri tp at least diorang pakai gelas asing :p

      Delete
  2. hujan batu ngeri sinri jg la. ehe

    ReplyDelete
  3. salam kak, the previous owner mmg original melayu.(A fren of mine and her MIL-she married malays australian)They sold the business around last year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Neini,
      Ohh gitu yaa.. patut la cam heran sikit sbb orang kat kedai tu tak mcm melayu pun, cmn pulak buat masakan melayu hehehe.. barulah tahu ceritanya.
      Sayang betul tak banyak kedai mkn melayu yg sedap2 kat sini. Ada yang buka setahun lepas tu tutup dah.

      Delete