Monday, September 9, 2013

Cookbook dan RV cupcake for election day

Pada bulan April yang lepas saya telah menyumbangkan resepi apam polkadot untuk buku masakan sekolah yang dijual sempena sambutan ulangtahun sekolah yang ke 60. Boleh baca cerita apam polkadot di SINI. Hasil kutipan jualan buku menjadi sumber dana kepada persatuan ibu bapa di sini (Parent & Citizen). Tumpang berbangga dapat tengok resepi ini dimasukkan sekali dalam buku ini, dan apam polkadot juga terpilih menghiasi halaman sebelah contents. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli boleh hubungi saya..harganya ialah $20 atau kira-kira RM60. Terdapat 170 resepi yang menarik di dalamnya.

Red Velvet (RV) cupcake pula saya buat untuk menyokong aktiviti P&C yang membuka gerai jualan kek dan sausage sizzle pada hari pengundian Sabtu lepas. Ibu bapa dialu-alukan menyumbang kek, biskut dan sebagainya untuk dijual dan hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung P&C. Aktif betul diorang ni kan? Bulan Oktober ini sekolah akan mengadakan temasya sambutan ulangtahun ke 60. Semua gerai yang ada dipertanggungjawabkan kepada kelas tertentu dan dikelolakan oleh ibu bapa kelas tersebut dengan bantuan sekolah.

Jom tengok gambar...

Contents

Bila letak kat pokok macam ni baru perasan apam polkadot ni macam ladybird, kan? :)

Muka depan

Rv cupcake

Frosting yang comot

Tengok ni pun terliur lagi

Bila pergi nak pickup bekas, tengok gerai dah hilang. Mungkin habis awal lah tu, dah tutup kedai :p

Gerai kek pada hari pengundian

Banyak juga sumbangan kek untuk jualan kan?

Semuanya murah-murah

Cupcake dan aneka kuih

Sausage sizzle

Macam ni aje poster undi diorang

Cuma letak kat tempat tertentu, tak meriah macam kita

Kali ni dapat PM baru, Tony Abbott

Baki frosting cream cheese saya bakar buat cheesecake :)

12 comments:

  1. A'aaaa Umi, rupe2nyer di sana tu kalau mengundi tak lah sebok2 macam di M'sia ni kan, tak ada lah poster bergantungan merata rata tempat macam di sini...Teringat akak masa d sana dulu waktu hampir masa nak ngundi macam tak caya pulak...cara berkempen dlm media pun terhad aje...dlm tv adelah beberapa saat aje calon parti bercakap...sungguhlah amannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Arina.. senyap sunyi je cuma ada poster kat tempat tertentu atau diorang hantar flyer kat rumah. Selain dari tu cuma ada debate atau iklan kempen masing-masing kat tv. Dua-dua pihak boleh kempen :)

      Delete
  2. Tempat u sapa menang? Tmpt akak Liberal menang. Hb akak pergi pre-voting. Mengundi cepat kat voting centre sbb dia nak gi overseas. Very teratur kan cara2 diaorg. Ni dah habis election, semua poster dah siap kena ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Liberal yang menang sbb ramai penyokong kuat kat sini. Kita pegi sekolah hantar cupcake pun diorang datang nak bg flyer, siap bawa anak lagi he he..
      Haah mmg teratur betul sistem diorang kan, kalau silap pangkah pun boleh minta kertas undi lain. Poster pun dah tak nampak :)

      Delete
  3. waaaaaaah....best2 comei je pun cupcakes akak tu...
    rajin tul akak bt RV yek, tgk pun menyelerakan...simple betul yek hari mengundi kt sana... kalu kt sini dh perang poster penuh jln...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu tenkiu Dana.. mmg berbaloi buat RV cupcake ni, kita sendiri pun suka makan hihi.. :)

      Betul lah kat sini cuma letak poster aje dan tak banyak. Kalau penuh jalan mengganggu penglihatan dah boleh membahayakan pengguna jalan raya pulak.

      Delete
  4. simple jer cara meraih undi diorang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple dan takde gaduh2, cepat aje tukar kerajaan sekelip mata :)

      Delete
  5. mmg berbesa dgn negara kita kan..

    waahhh the food all so yummehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbeza kan Kak? Kalau PIBG buat jualan camni kat sekolah bestlah, baru ramai2 nak pegi mengundi tambah2 kalau buat sausage sizzle.. huu.. rasanya panjang queue kat sini aje :)

      Delete
  6. best kalau boleh tengok debat dua dua belah pihak di tv kan.. baru lah adil.. hehe..

    rv tu nampak best!! baru semalam buat rv cake utk birthday anak lelaki.. belum sempat rasa lagi.. petang ni baru frosting.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan Rai? baru penonton dapat menilai sendiri bila dengar dari dua-dua pihak hehehe

      Wah birthday anak ya, happy birthday untuk besday boy semoga jadi anak yg soleh dan berbakti kepada ibubapanya. Mesti tak sabar nak letak frosting ni dan potong kek cecepat :)

      Delete