Friday, January 20, 2012

BB Cream

Bulan Disember yang lepas ni ada macam2 sale, untuk krismas dan juga untuk boxing day. bila tak ada kerja je mesti nak belek katalog tgk apa yg menarik. pinggan corelle? huuu jgn citer le mmg sale sib baik tak borong satu lori. kena banyak2 'bersabar' jangan ikut perasaan. sy ni sebenarnya lebih minat pinggan yg berat mcm claytan tu tp sbb sini tak ada claytan dan corelle agak murah berbanding tmpt kita, kena la amik kesempatan beli kan.. utk pakai hari2 lah, bkn utk simpan dlm lemari je. lepas tu ternampaklah iklan pencuci muka dan BB cream garnier ni. kat msia dah bersepah dah BB krim ni kalau kat watson pun ada kan.. kak ina pun dah pakai lama dah tu tgk dia comel dan gebu aje kan kan.. tp kat sini baru jugaklah masuk pasaran sini. rasanya org sini nak kulit secantik orang asia. ada sorang auntie tu dia kata tak polite untuk guess umur dia sbb diorang suka rahsiakan umur, mungkin sbb masa umur diorg mcm tu, kulit diorang dah kedut2 teruk sgt tak mcm org asia yg masih maintain cantik lg.. sbb tu la bila ada produk mcm ni, dapat sambutan hangat sbb masing2 nak kulit yg lawa. tp betul lah kulit diorang berbeza. bole berjemur tengah panas yg terik tu. kalau kita kena panas camtu gerenti perit rasa kulit dan cepat je jd gelap. diorang selamba je skrg tp nanti dah tua teruklah jadinya.
oleh sebab ada sale, sy beli la jugak, sekali dgn pencuci muka hehe.. sale pun harga dlm RM24 tiap satu. rasanya lebih kurang kat Msia aje la atau lebih mahal. baru pakai sekali. takde la rasa special sgt cuma smooth sikit je haha


































apapun rasanya produk kita paling bagus adalah bedak sejuk! :)

p/s:
saya ternampak ada orang google tajuk 'bawa mi segera ke perth'.. untuk makluman kat sini maggi ada dijual kat kedai oriental. kat supermarket pun ada maggi dr msia juga tapi walaupun dr kilang yg sama, dia tak letak logo halal yg mcm kita beli kat msia, maybe sbb utk export ke sini? maggi kat kedai oriental adalah sebijik mcm kat msia. ada perasa kari, asam laksa, tomyam dan ayam. indomie pun ada jual kat woolies dan coles. tp better beli kat kedai oriental lebih banyak choice dan lebih murah rasanya. bkn setakat maggi, nescafe 3in1 pun ader.. kalau nak duduk 2-3 hari better bawa sendiri la, lebih murah. harganya untuk 5 pek kat sini adalah sekitar $2.75 - $3 atau  RM8+. kalau nak duduk lama2 pun tak mengapa dan jgn risau tiap2 hari nak mkn maggi pun boleh :D

9 comments:

  1. Wah umi lepas ni pasti lg berseri2 gituuu...bikin mat salleh sebelah rumah tertanya-tanya apakah petuanya...hehehe. umi pun jawab , "biarlah rahsia..." (sila baca dgn rentak ala-ala lagu siti ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe lawak la. tapi mat saleh sebelah tu tak reti english pun. kalau dia nak ckp pun guna bahasa isyarat, mcm ckp dgn org bisu pulak. camni nak kena praktis la jawab biarlah rahsia tu dgn bahasa isyarat ni hahahaha

      Delete
  2. Askum

    salam perkenalan.

    round punyer round jumpa blog ni... hmmm menarik juga... terus join. Cik2 bedah, peah, soyah asik citer pasal anak2 jer macam keje opis plak.. buhsan juga...

    seronok yea dapat rasa angin luar... teringat sy tinggal di bandung sekejap... walaupun indo jer bukan negara mat saleh.

    byes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      salam perkenalan juga dr saya untuk cik kiah nun jauh di saujana utama :) jauh ke meronda malam ni sementara jumpa blog ni? hehe
      bole tahan la duduk sini, skrg agak tak bole dok sikit sbb cuaca panas. sini pun tak jauh beza sangat sbb ramai org asia kat. kalau jalan mana2 pun mesti jumpa org kita punyalah

      Delete
  3. ASSALAMMUALAIKUM....
    kak umi,kat mana kak umi beli bb cream tu yer... saya dah cari merata tempat tk jumpa pn, cari kat chemist pn tk jumpa, last hari sabtu lepas pergi garden city, cari dlm priceline,lbh kurang mcm chemist jgkla jual skin care n lain2 pn tak jumpa jgk pasrah sudah, baru teringat nak pergi cosway ujung mingguni,tub2 terbaca plk blog akk ni pasal bb cream mcm tau2 jerkkan.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      bb cream tu k umi beli kat priceline garden city masa sale. terbaru k umi ada nampak kat woolies garden city tu pun ada 1-2 je. supermarket lain mcm target pun ada jual tp tu pun cepat habis.. haha mmg tahu mesti ada yg dok mencari2 nih :D

      Delete
  4. ok tq 4 the info, maybe masa sy pg tu dah habis stok kot, tkpelah ada masa cari lg hehe...

    ReplyDelete
  5. salam,

    nak tnye la.. dekat perth correll murah tak? dgr cite correll murah kat sane.. sy nak pegi perth 16june nie.. klu correll murah kat sne, nak gak beli.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      mmg betul corelle murah kat sini. skrg ni pun tgh sale. kalau tak silap corelle sale sampai 20 jun. carilah kat Big W nanti ok :)

      mmg tak byk sgt design kat sini tp of coz jauh lebih murah walau sblm sale ;)

      Delete