Kali ni menu western lak.. atau lebih tepat.. Italian lah.. kat Msia biasanya saya buat semua dari scratch, tak guna pun sos2 segera ni. sampai ke sos bechamel pun buat sendiri. bila kat sini tak sempatlah.. so guna yg segera saja. sonang.. bila ada sale, kena beli ni banyak2
|
tak perlu risau2 sbb ada tanda halal tu lgpun yg ni pun ada kat Msia kan, dieksport ke tmpt kita.
cuma kena hati2 jgn tersilap ambil sbb nampak sama je kan.. |
|
x |
|
cheese.. kat sini cheese pun ada logo halal |
|
selain kraft ada satu lagi cheese yg sy beli pun ada logo halal juga. |
|
sebelum bakar.. sy tabur cheese slices sbb malas nak beli yg blok dan shred sbb bukan
selalu pun masak ni. kdg2 cheese simpan lama dalam peti ais pun berkulat juga. tambah2 musim
panas ni kalau masak nasi hari ni, esok dah boleh basi sbb cuaca panas. kalau bancuh air
dengan susu pun tak tahan lama (suhu sekarang adalah 40.6 darjah) |
|
selepas.. |
|
kenyang juga Alhamdulillah..
Bahan2:
1 jar bolognese chunky pasta sauce
1 jar bechamel sauce
500gm minced meat (daging cincang)
dry instant lasagna sheet (san reno or any brand)
shredded cheese
gula, garam
dried oregano
Cara :
1. masak daging cincang dalam pan, masukkan sos bolognese. masukkan garam dan gula secukup rasa.
2. sediakan baking pan atau pyrex atau square/rectangle baking foil : first layer, sendukkan daging cincang yg telah dimasak dgn sauce bolognese tadi. lapiskan atasnya dengan instant lasagna sheet. buat mcm ni sampai last layer adalah instant lasagna sheet. kemudian tuangkan sos bechamel dan ratakan di atas lasagna, tabur shredded cheese dan taburkan dried oregano. cover dengan foil dan bakar dalam oven pada suhu 200 selama 45 minit. siap..resepi ni pun ada kat botol bechamel sauce tu :)
kalau suka, masa masak daging cincang boleh letak bahan2 lain spt mushroom dll tp anak sy ni memilih makanan so malas nak pk geram bila time makan ada yg 'memilih2' so sy tak letak la. :p kalau nak rajin sikit, cincang bawang besar dan bawang putih, tumis sampai layu baru masukkan daging dan sos dan bahan2 lain.
|
Umi lapis2kan dg ape tu? Kulit Lasagne ke? Ala... boleh bagi akak recipe ke? Nampak sedap sgt....
ReplyDeletehaah umi lapiskan dengan lasagna sheet. umi dah letak resepi kat post. buat camni kenyang sangat satu family bole makan. kalau nak mkn kat luar mahal sedangkan senang sangat nak buat, kan?
DeleteTerima kasih banyak Umi......
ReplyDeletesama2.. :)
Deletewah best nyer ada ready made sos bechamel kalo dkt sini ada tiap2 hr buat lasagna hahahaha.... sbb xkuasa nk buat sendiri =P
ReplyDeletesos bechamel tu dieksport ke Msia juga. try tgk kat giant, carrefour, jusco ke atau tesco. tak perasan pulak sblm ni, sbb tgk label tu yg tau Msia pun ada import.
Deleterajin g supermarket hari2 sbb ofis dkt dgn jusco n cold storage tp blm pernah nampak lg botol nie. hurm.... nanti tgk2 balik kot2 xprasan.
DeleteI tak pernah jupe Leggo`s bechamel kat IGA here, biasa nampak brand Dolmio. Nak tanya mana akak beli. Kat Coles or Wollie ada ke ?
ReplyDeleteLeggo's bechamel sauce ni beli kat coles. rasanya mesti kat woolies pun ada ni..
DeleteSalam Asmara,
ReplyDeleteBulp! sedapnye... lagi2 cheezy2 tu...mmg my fav...
Di sini makanan halal @ logo halal boleh dikatakan tiada... Kalau beli tu mmg kena check ingr. betul2... yg lebihnya kena tawakal innallah shj...
Australia dekat dgn Msia, brg2 Msia mesti byk di sana kan? Bestnye :))
Salam sis.. cheezy2 ni mmg sedap budak2 pun suka, kan. betul mmg byk brg dari Msia dan Indon kat sini. kedai asia pun byk sgt, ada kedai cina, india, vietnam. tp kedai melayu cuma ada kedai makan je. tu pun bersyukur sgt senang dpt brg halal kat sini sbb ramai muslim. selain dr tu, tak semua ada logo halal so mmg kena baca ingredients juga.
DeleteSedapnya nampak... bila lihat masakan Umi terus terfikir untuk masak begini esok..hehehe
ReplyDeletekdg2 masak simple tu la yg sedap, kan? :)
Delete