Thursday, January 12, 2012

Fishing and Crabbing in Summer

Musim panas di sini memang agak panas. suhu maksimum semalam mencecah 37 darjah celcius. bayangkanlah dengan angin panas yang bertiup dan langit tak berawan.. bertambahlah panasnya.. nak keluar rumah pun tak sanggup. kalau jemur kain pun sekejap je dah 'garing'. bila siang dah terperuk kat rumah, teringin pula nak keluar malam.. apa lagi, aktiviti musim panas ni, memancing dan menangkap ketam lah.. lagipun kalau duduk kat tepi laut malam2 anginnya sejukkk sangat..

ni ialah ikan pertama yang dipancing dalam hidup.. hehe first time memancing dapat ikan. sekor je pulak tu. macam tak percaya pun ada bila tali pancing disentap.. iskk bestnya rasa..hari kedua pun dapat seekor aje. dan hari ketiga, dapat 20 ekor! sebenarnya ikan tu tak makan umpan pun. kat bawah jeti yg saya duduk tu, ada banyak sangat ikan ni yang agak panik agaknya sebab ada ikan lumba2 yang berenang2 dan menakutkan ikan2 tu. bila ikan2 tu panik dia pun langgar lah rawai mata kail yang banyak tu.. so sangkut aje terus cepat2 sentap dan tarik fuhh sangatlah seronoknyaa.. yg kelakarnya ikan tu bila dah tergedik2 sangkut kat pancing, bila nak angkat ke atas si yiyi tu terjerit2 pulak sebab saya dah bawa ikan tu dekat sangat dengan dia... hehehe abis semua orang tengok.. isk isk


masa saya memancing, my dear hubby pulak melepaskan net untuk ketam dengan umpan kepak ayam. cuma ikat kepak ayam dan baling net jauh ke laut. lepas tu tunggu dan naikkan net. seronok sangat tengok ketam masuk dalam net tu. tapi ikut rezeki juga. ketam yang tak cukup saiz kena lepaskan balik. sebab peraturan kat sini tak boleh tangkap sebarangan, setiap orang cuma boleh bawa balik kalau tak silap 10 ekor aje. hari pertama kami dapat 5 ekor. hari kedua dapat 3 ekor dan hari ketiga kami dapat 7 ekor. Alhamdulillah.. ketam ni namanya blue swimmer. kami cuma rebus aje sbb sedap makan ketam fresh2 ni. maniss.. mkn pula dengan air asam fuhh.. terangkat!



ni lah jeti tempat kami fishing dan crabbing. kami pergi lepas isyak dan balik pukul 2.30 pagi.. fuhh..balik2 tunggu subuh kejap pastu baru tido pulak.. mmg letih tp berbaloi sangat :)

8 comments:

  1. salam umi..minat gak memancing yer?berbaloi memancing sampai kul 2.30 pg,dpt mkn ikan & ketam fresh...

    ReplyDelete
  2. salam kak atie.. memancing ni kalau kena gayanya ok la. kalau naik bot atau tgh panas taknak la. ni memancing atas jeti ok la tak mabuk laut dan sejuk pulak tu hehe..

    ReplyDelete
  3. Jetty mana ni Sis. Hari tu akak gi ke Falcon dkt Mandurah utk crabbing. Tak dpt byk pun tp syok sbb air dia jernih sekali. Akak memula pergi kat Novara Foreshore dan kemudian gi ke Cox Bay. Anak2 suka main dlm air cetek tu. Jernih pulak tu...

    ReplyDelete
  4. Sis flower, umi pegi dekat je, kat Coogee Beach. haritu ada tanya member pasal Mandurah dia kata dia pernah pegi pun tak dpt byk so kami pegi yg dekat aje la. air ok la jernih juga ada signboard shallow water

    ReplyDelete
  5. salam umi..Ya Allah..bestnyer dapat makan ikan dan ketam tangkap sendiri..mesti fresh dan manisss abiss tu kan..terliurrr nyerr..hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam kak.. haah bestnya tambah2 kat sini susah nak dapat ikan fresh2. sampai sanggup tunggu berjam2 :)

    ReplyDelete
  7. Umi..seronoknya..mesti sedap manis lagi kan..saya suka ketam,tak tahan tengok tu.tapi kalau panas memang panas sangat ye kat oz..sebab tu saya pergi spring tapi tak ada musim buah pulak teringin jugak nak bawak bebudak pi orchards.Dulu beach yg pernah pergi cottlesloe ajer coggee tak pergi tapi Mandurah saya suka sgt best naik boat cruise;):)

    ReplyDelete
  8. Betul tu Zu. ketam fresh ni manis sangat. harap2 tak lama lg habis la summer. kalau nak pegi orchard, musim autumn dan spring ni sesuai lah. esp kalau suka persimmon. haah cottlesloe dan mandurah mmg famous kat sini

    ReplyDelete