Tuesday, January 31, 2012

Rindu.. dan kuih lopis

Harini adalah hari pertama persekolahan tahun ini selepas cuti panjang sejak pertengahan bulan Disember lepas. lain sikit dari Malaysia kan, diorang ni cuti time summer. kira bagus jugaklah sbb summer panas sgt kesian kat budak. minggu sebelumnya cuaca mencecah sehingga 42.1 darjah.. kurang2 minggu ni paling tinggi pun dijangkakan hari ini iaitu 38 dan kemudian mula menurun. Ikut kalendar, summer sehingga akhir bulan Feb sahaja.. Harini juga orang di WP menyambut hari Wilayah kan.. selamat menyambut hari wilayah dan selamat bercuti lah yerr..

Ingatkan sekolah dah start ni rasa aman lah. tapi bila balik rumah tengok kosong dan sunyi rasa rindu la pulak kat budak2 tu. abang dah masuk year 5 tapi duduk kelas campur year 4 dan year 5. adik pulak year 2 dan duduk kelas campur year 2 dan year 3. mcm tu lah bila sekolah kecik. satu kelas ada dalam 25-29 orang student. yang bestnya kelas diorang sebelah menyebelah saja. senang la waktu break nanti boleh diorang makan sama2. masa sampai sekolah tadi baru tercari2 list nama dan kelas, so agak terlewat sikit sampai kelas. tengok2 si abang kena duduk depan sekali sbb tak ada tempat, dan yg share meja dgn dia ialah 4 org budak perempuan.. aisehman.. harap2 dia ok la.. tp bagus jugak dia duduk depan..year 1 pulak tahun ni ramai sangat agaknya sampai ada 3 kelas.

kat bawah ni adalah kuih lopis perth.. nampak sama tak? tapi yg ni spesel sikit sbb dibuat menggunakan microwave. guna resepi asal TTM untuk pulut kuning. bkn takat pulut kuning, pulut inti pun dah pernah buat mcm ni jugak.
 lepas tu salutkan dengan dessicated coconut.. makan dgn gula melaka segera
 senang aje bila nak mkn picit aje..

10 comments:

  1. sedapnyer... lama tak makan... dulu kat upis hari - hari beli... hoho
    lepas pantang dah leh makan kan? uhuk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kan, eeiyss? isk sampai beli hari2 tu tak jemu ke? haa lepas pantang ni dah bole start mkn la.. cover balik :)

      Delete
  2. Tak pernah pulak akak terjumpe concentrated palm sugar ni kat M'sia dik....kalau ade memang akak rembat.....senang nak makan dg apa2 kuih yg perlukan gula melaka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat umi pun tak pernah jumpa lagi kat Msia sebelum ni. mungkin diorang buat semata2 untuk eksport kot. tapi kat sini gula melaka dalam bentuk yg asal pun ada dijual.

      Delete
  3. salam umi...sedapnya mkn kuih lopes ya.K.atie pon jarang mkn gak sbb xjumpa org jual.hihi.Bkn apa klu dok mkn berdua..cam malas lak nk buat kan?(ayat nk cover org malas..hihi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak atie.. kat sana tak ada org jual ke? kat sini produk frozen pun ada tp mahal. skrg kak atie tgh berdua tu boleh la dating2 selalu kan, anak2 dah besar, dok asrama. umi ni anak2 kecik lagi. seronok duduk sini sbb boleh spend masa dgn diorang. esok2 dah besar nanti jd mcm kak atie jugak lah agaknya

      Delete
  4. Sis kat mana beli gula melaka tu. Akak kalau malas nak buat gula melaka pakai golden syrup or maple syrup je. Ok lah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi beli kat kong market city.. mula2 tak perasan jugak. masa tgh mencari gula melaka terpandang yg ni apa lg terus rembat satu. sekali budak2 pulak suka, terus beli lagi. golden syrup or maple syrup pun ok. kat rumah mmg standby semua jenis sirap. senang nak pilih hehehe

      Delete
  5. salam Umi.. amboi, lawa and mengancamnya kuih lopes tu. dah lama tak buat, last buat masa bulan puasa tahun lepas.. Senangnya ada gula melaka segera tu. Beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak.. tenkiu2.. kuih lopes tu tak balut pakai daun pisang pun. cuma tekap pakai acuan bulat je. nak segera lah katakan. janji sedap. gula melaka segera tu ada jual kat sini, tp kat Msia tak pernah nampak pulak.

      Delete