Friday, November 16, 2012

Bye bye Mael

Genap 5 bulan Mael tinggal bersama kami, akhirnya dia kembali kepada tuannya. Sedih juga sbb dah sayang dia tp sekurang2nya rasa happy sbb dah jumpa tuan Mael yg sebenar. Rupanya diorang duduk selang beberapa rumah saja dari kami. Semasa Mael dijumpai bulan Jun yg lalu (kata tuannya mlm tu storm dan mungkin Mael terlepas dari backyard diorang), dia ada letak iklan missing rabbit kat deli. Kami pula letak iklan kat internet dan juga dekat kedai runcit. Kami tak pergi ke deli, so dah tentu tak nampak iklan tu. Bila emak landlord kami tolong letak iklan dekat kedai fish & chips dekat rumah (kami pun tak pergi juga kedai ni) barulah jiran tuan Mael tu ternampak dan contact kami.

Sekejap aje diorang contact tuan Mael datang amik. Mula2 diorang tengok2 cage yg kami ada untuk simpan Mael. Eh cukupla amik Mael aje dah la.. ye la kan, dah la kita tolong jaga Mael yang lari sehelai sepinggang tanpa harapkan sesen pun.. jgnla nak sangkar dia pulak. Tu untuk kenangan mana tahu Mael lari lagi haha.. acah aje. Tapi masa diorang datang ramai2 tgk Mael tu, ada juga yg reti bahasa buka kasut. Tuan dia terus serbu masuk rumah dgn kasut, lepas amik Mael cepat2 keluar. Ye la kita tak jemput dia masuk pun.. lepas tu dia cuma ulang kali ckp tak tahu nak terima kasih mcm mana. Pastu diorang pun bye2 dan balik bawa Mael. Hmm diorang taktahu kami pun nyaris nak bg Mael kat orang.. mmg luck diorang lah dpt jumpa semula. Apapun harap Mael happy kembali ke rumahnya. So sekarang kymba jadi anak manja semula. Agaknya dia tau kot sbb mengada2 lebih asyik nk mkn je :p
bye Mael busyuk masyam

16 comments:

  1. Lah...akhirnya Mael bertemu kembali dgn tuannya yg sebenar. I wonder apa nama sebenar mael ye? Kesian your boys, sure sedih jugak sbb dah 5 bulan bersama2 Mael.
    Kymba lah yg melompat sakan ye sbb dah jadi anak manja balik :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlupa pulak nak tanya nama sebenar Mael. tuan dia happy sangat siap peluk2 Mael tu. dah la Mael tgh shedding bulu yg banyak sampai habis berterbangan dan lekat kat baju. Budak2 ni dah tak terkata apa sbb tahu itu hak orang, sampai masa kena let go juga.

      Kymba tu nasib baik dia tak boleh bersorak aje hehehe.. semua org bg tumpuan kat dia, seronoklah dia :)

      Delete
  2. dah kembali kepangkuan keluarga dia lah ye,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nekcik, harap2 dia happy semula la balik ke tempat asalnya

      Delete
  3. Sedih jugakan bila dah lama jaga, dah pergi lagi.
    Takpe le sekurang2nya dia dpt Nama melayu kejap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, kurang2 dpt juga bg nama melayu kat dia.. hehe.. cuma gambar aje la buat kenangan. diorang pun takde pulak nak pelawa kita kot2 nak pegi jenguk mael.

      Delete
  4. Yang sedihnye buat Mael pergi sbb tu mmg dah pasti, tp tuan Mael yg tak reti bahasa tu. Patutnya sebelum masuk, bagi lah Hi, kenalkan diri dan bila you ajak masuk baru lah masuk. Mat salleh ke? Sbb banyak Mat Salleh yg tau bahasa. Yang ni agak kureng sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, datang2 terus masuk ke dalam rumah, amik Mael dan keluar. mmg tak reti bahasa. tak taulah mat saleh mana dtg ni. seronok sgt kot, sampai tak fikir apa dah.. patutlah mael lari :p

      Delete
  5. Assalamualaikum umi..
    cuti2 ni wat per tu kat umah? ke ada projek kat luar rumah? hmmm kat sini mendung.. cuaca asyik hujan je.. :)
    Dah 5 bulan jaga mael.. dah berpisah plak.. sure sedey.. sbb 5 bulan bukan kejap.. lama gak tu.. dah sayang pun kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak,
      cuti2 ni kemas rumah dan basuh baju aje. nak berkebun pun cuaca terlalu panas harini. kena duduk diam2 dalam rumah, pasang kipas :) bestnye hujan kat sana.
      haah bkn sekejap tu 5 bulan jaga Mael. terasa jugakla sunyi bila dia tak ada. mmg sayang sgt dkt dia

      Delete
  6. Umi,

    ala mael dah pi ka...hukhukhuk....amboi si kymba tuh, tengah bersorak riang lah yer, tiada lg saingan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mael dah pi la, Dini. sedey ni.. tp mmg betul ada budak sekor tu bersorak riang. siap posing tergolek kat mana2 yg sempat lg :p

      Delete
  7. Aslmkum Umi. apa kabar...moga sihat sejahtera.
    dah 5 bulan jaga mael pasti terasa juga sedihkan....dahlah tuannya dtg ambil terjah gitu.nasib baik ada kymba buat pengubat rindu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama,
      Alhamdulillah sihat..harap2 mama sekeluarga pun sihat2 hendaknya.. itulah, sedih juga sbb dah anggap mael mcm family sendiri tp apa nak buat dah hak orang lain. lepas ni kymba dpt sepenuh perhatian lah.. :)

      Delete
  8. Mmg comel Mael ni... Teringin juga nak bela pet bagi Iman kawan tp nnt nak balik sayang pulak...huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marya, rasanya lebih baik bela kucing dr arnab sbb arnab ni kuat kencing dan menghasilkan cips ehehe so kena rajin2 cuci cage. mmg la bila ada pet ni sgt susah bila nak balik cuti dll, kena cari penjaga. dah tu bila dah nak balik terus, susah nak bw dia balik. kesian dia kena kuarantin sebulan

      Delete