Thursday, November 1, 2012

KFC dan Pasar Siti Khadijah

Balik klate yg bestnya dpt jamu budak2 ni dgn semua sepupunya mkn KFC. Nak beli pizza takut ada yg tak mkn pulak, dah tu jauh lah pizza hut ada kat KB nun.. yg bestnye mase nak order ayam... Jangan tak tahu yg KFC sana tak jual ayam.. hah? abis tu kalau tak jual ayam, dia jual apa? dah tentu la dia jual "aye" hahahaha ye la oghe klate kan tak sebut ayam, tp aye.. haha buat lawak pulak dgn adik yg jaga kaunter kat KFC tu. Sengih2 je dia..

Satu lg kalau balik sini tak sahlah kalau tak shopping kain batik, telekung dan tudung bawal semua kan? Sy suka pegi kedai adik ni sbb dia dah kenal dan dah tahu apa yg sy suka. :)


dua beradik

cantik2 kan?

dah brp kali dtg sini tak ingat2 kena ikut tangga 1. ye la ada byk tangga kat sini

Kedai ni namanya kedai Kak Yah Golok

fuh rambang mata


nak kaler apa, tunjuk aje

mcm2 ada..

14 comments:

  1. salam Umi...cantik2nya tudung & kain semua..mmg rambang mata negoknya.
    KFC tu lak buat k.atie lapar mlm2 nih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Atie,
      mmg cantik2 kan? kalau boleh nak beli semua yg berkenan hehe. nanti kalau Kak Atie pegi mkn KFC, ingat2lah kat umi di sini :)

      Delete
  2. kat pasar siti khadijah ke yg jual2 kain tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, ni kat pasar siti khadijah. kat tingkat tiga (atas sekali) mmg ada jual kain.

      Delete
  3. tu dia byknya KFC tu....he he he...kak fiza dulu pernah blajar kat panji...pernah la meronda2 kat klate...tapi sekarang ni dah jarang2 gi sana....syok kalau boleh pi sopink kat bazar siti khadijah...jadi rambang mata...tapi kena pandai tawar menawar kat sana kan...kan...kan....he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. KFC kena beli banyak sbb anak sedara ramai termasuk mak ayah depa sekali biar mkn kenyang2 hehe.. mmg best shopping kat klate ni. mcm2 nak beli, tp yg bestnya kalau dah kenal peniaga sana tak payah tawar2 dah, dpt diskaun otomatik :D

      Delete
  4. wahhh... mesti umiyumi shopping sakan... memang betul rambang mata tengok tu!!! (^_^)b

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha eh mana ada KakNi, umi cuma beli telekung 2 pasang, kain batik 4-5 helai, kain pelikat utk hadiah kat org. utk diri sendiri cuma amik 2 helai kain batik aje cukup la :)

      Delete
  5. assalamualaikum..
    bestnye balik malaysia shopping kat pasar siti khadijah..
    macam2 ada sna... baju2 kain semua cantek2 belaka kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt Kak,
      mmg best balik shopping2 ni. tak puas rasanya sbb mcm2 barang ada.. cuma kena sedia duit aje. balik kg ni mmg standard lah mesti kena habis duit banyak sbb tu tak boleh balik selalu sgt. parah jadiknya haha

      Delete
  6. assalam umu,

    dini pon berapa kali pi situ mesti sesat-barat tang nak cari tangga yg betul...hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Dini..
      Ler ye ke. lain kali kena letak tanda senang tak sesat dah.. atau letak signboard "Dini sila ikut tangga ini" hehehe..

      Delete
  7. salam.. boleh bg no contact kedai batik 2 beradik tu or facebook diorg.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      No fonnya ada dalam gambar. Cuba tengok gambar tudung2 kat sign Kak Yah golok tu ada no fonnya kan?
      Takde add fb diorang

      Delete