Monday, November 19, 2012

Megabes Products - Malaga

Kepada sesiapa yang ingin memborong ole2 murah dari Perth dan tak sempat membelinya di E-Shed Fremantle, jgn risau kerana anda boleh terus ke kilang@gudang uncle ni di Malaga. Menurut uncle, harga di kilang adalah jauh lebih murah dari kedainya di e-shed (walaupun selepas diskaun di e-shed) kerana kilang ini miliknya sendiri dan tak perlu bayar sewa seperti di e-shed.

Kalau diperhatikan ada 2 jenis souvenir di sini, ada yg made in china dan ada yg made in aussie. Yg made in Aussie harga sedikit mahal tetapi kualitinya juga adalah lebih baik. So pandai2lah pilih ya.. yang pastinya diskaun menanti. Kalau pergi kilang uncle ni better call dulu sebab diorang kadang2 buka by appointment sahaja. Bgtau ada baca pasal kilang dia dalam blog mesti dia suka dan bg diskaun best2 punya..  Yang menariknya boleh cakap melayu saja dgn uncle dan dia pun akan bgtau kita sekiranya ada barangan tertentu yang kita tak boleh pegang kerana dibuat dari kulit b***.

Ni alamat kilang:
Unit 2, 9 Exchange Rd Malaga, WA, 6090 
Tel (08) 9248 1071 

(p/s: ni iklan tak berbayar ya.. setakat tolong promote info yg bagus utk kawan2 yg ingin jalan2 ke sini)




bawa kawan lama dtg ke sini










yg ni made in aussie








9 comments:

  1. Salam Kak Umi,apa khabar?wah,bagusnya..kak umi dah pergi kilang megabes..jauh x tempat dia kak umi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani,
      Alhamdulillah.. baik2 saja.. harap Hannani dan Faizi pun sihat2 hendaknya. kilang megabes ni kalau ikut2 boleh tahan juga jauh dr rumah k umi dlm 30km. kalau dr perth city, dekat sikit. mmg bestla kilang dia ni lg besar dan ada mcm2! :)

      Delete
  2. salam ummi..

    yer lah kan.. hari tu masa kat E Shed.. uncle ni ada suruh pergi kilang dia.. tp we all kesuntukan masa.. rasa frust plak bila dah balik sini.. next time mesti nak singgah jugak lah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      hehe takpe nanti buat kunjungan semula. boleh cover tmpt2 mana yg tak sempat pegi. rasanya lebih berbaloi pegi kilang sbb lebih byk pilihan dan diskaun pun lebih :)

      Delete
  3. Nak tnya.. kalau di perth . Nak dapatkan homestay atau penginapan yg harga berpatutan mcm mana. Bercadang untuk ke perth pada 23 jun 2014 nnti.. harap dapat bantu saya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada masa sy cuba compile senarai homestay/bajet hotel/motel dan letakkan sebagai link di sebelah kanan blog.

      Delete
  4. kalau nak ke megabes ni kena booking dulu ke? sbelum ni prnah pergi, and the tour guide told us to do so,kalau nak dtg sbb takot ramai sgt . kalau prlu booking mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba contact diorang melalui fb https://www.facebook.com/megabes/kalau nak ke kilang lah. kalau ke kedai boleh aje pegi ke fremantle market dan eshed dari hari jumaat - ahad.

      Delete
  5. Columbus is the capital of Ohio. Columbus has a very humid and continental climate. The city's economy is dependent on its banking, education, fashion, aviation and technological sectors. This city is home to the Ohio state university which has the biggest campus in the United States. This city is home to many academics. long term rentals

    ReplyDelete