"Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu
tanjung dawai
terkenang peristiwa
Cinta kita terurai"
perghhh.. sempat layan lagu Cinta Pantai Merdeka pulak.. ni gara2 ada lirik Tanjung Dawai tu lah. Pantai Merdeka pun rasanya tak jejak lagi. So utk completekan lagu ni kenalah pegi Pantai Merdeka barulah sahkan kan? haha.. acah aje, sebenarnya nak cerita pasal Tanjung Dawai ni. Tanjung Dawai ni taklah dekat sangat pun, lebih kurang sejam perjalanan dari Penang. Sanggup datang ke sini utk cari stok ikan kering utk bawa balik ke Oz. Ikan kering ni boleh dibawa masuk dengan syarat dibersihkan (buang insang dan perut), dipek elok2 (kalau boleh plastik 2-3 lapis supaya tak berbau) dan dilabel (tulis apa isi kandungannya, guna marker pen pun ok) . Kalau nak pos ke sini pulak, silap2 boleh gaduh dgn kerani pos ofis sbb diorang tak bg pos ikan kering hatta ikan bilis pun. Kalau berkeras juga nak pos, kena isi borang dan sign "at sender's risk".
Kat Perth ni pun mmg ada jual ikan bilis dan ikan kering tp dah tentu tak sebanyak ni, byk pilihan, fresh2 mcm ni dan tambah2 pula kalau nak bandingkan dr segi harga. So kebetulan balik kampung waktu nilah nak cari stok makanan best2 kan. Jgn mare... jom tengok gambar.
|
gerai2 ni semua terletak di tingkat satu arked perniagaan bersebelahan jeti tanjung dawai |
|
fuh rambang mata.. yg dlm kotak lg, yg bergantungan lg |
|
kopok lekor pun ada |
|
kiranya ni cam pusat pengedaran ikan keringlah kan |
|
kopok diimport dari pantai timur nih |
|
belacan pun ada |
|
ni kalau bawa ke sini, diorang dah maklum dah org Msia suka bw belacan |
|
kopok keping warna warni |
|
view dari atas |
|
adoii terliurnya tgk asam2 |
|
kacang tumbuk fevret pun ada. laa kenapa la tak beli haritu |
|
sempat rembat 2 ekor ikan talang kering utk bawa balik |
|
asam keping yg cantik2 |
|
on the way balik, sempat singgah rumah sorang pakcik yg tak dikenali.. dan amik gambar buah nipah ni |
|
tujuannya utk nak minta beli ni... |
|
keladi fresh2 utk buat sayur asam nyam nyam.. sempat lg tu heheheh |
Ooo camtu rupa buah nipah ye. Baru fes time tengok. Wahhh menariknye barang2 yg dia jual. Kepok lekor pun ada. Igt kat ganu ngan klntn je ada kepok lekor..
ReplyDeleteHaah camtu la rupanya buah nipah. tp kalau nak amik sebijik dr setandan tu tak boleh sbb nanti rosak buah setandan. susah juga kan mcm tu?
Deletemmg ada keropok2 ni.. rasanya mmg diorang htr ke tanjung dawai ni. ramai peniaga dtg amik stok keropok dr situ :)
umi, camne nak pi sini? mmai habaq sikit....hehehhe
ReplyDeleteDini, seingat umi dr highway PLUS exit kat Sungai Petani Utara. Lepas tu ikut signboard saja sampai ke sana. dr PLUS tu agak jauh juga dlm 30-40 mins rasanya :D
DeleteSalam Maal Hijrah Umi dan keluarga:) Umi cantik2 dan berseni gambar di Tanjung Dawai ni:) Saya pun tak pernah pergi lagi:) memang sangat seronok nampak nak membeli benda2 kering tu.asam gelugor kering pun sangat cantik nampak..sedapn sungguh di bubuh dalam asam keladi,goreng ikan masin dan tumbuk sambal ikan bilis dengan mangga muda..golek2 lah Umi rasanya:);)
ReplyDeleteSalam Zu,
Deleteterima kasih Zu.. umi pun first time pergi masa tu. mmg seronok sgt shopping sbb semuanya elok2 dan cantik2 belaka. tu pasal bila borong byk2 mcm tu bila nak balik sini tgk2 makanan saja ada 2 kotak besar tp sgt puas hati. hidup di sini kalau tak ada ikan kering mmg tak sah sbb kalau tak selera mkn ayam dan daging, itulah menu yg paling sodap siap boleh mkn nasi bertambah2 lg :))
salam, umi. lunch kat sana ka? gerai hujung tingkat bawah juai nasi, laukpauk dia fresh n murah. chek ada pi sana, tengok ikan kering..rasa macam nak beli semua nooo..elokkk kan. chek beli belacan tumbuk,...chek dah guna..oooiii sedapppp sambaaii belacan chekkk.
ReplyDeleteSalam Mona,
Deletedak, umi p ptg lepas zohor camtu. ada jugak tengok kedai2 kat bawah tp masa tu kenyang lg. bila dah bertolak balik br rasa lapaq, berhenti singgah mkn kat tepi sg merbok. oh belacan dia sedap ka? umi tak beli pulak sbb belacan teluk tempoyak dok ada lagi. amboi sedap sambal belacan depa naa.. lenkali kami balik teringin la nak rasa masakan depa. mesti terbaik niii :)
sila oo sila..kalau balik penang! habanq mai, tok sah dok segansilu, takat lunch..ka diner..ka b'fast..insyaallah bulihhh aaaihhh! chek jamu, kalau chek tak dan masak, chek pi beli...la noooo.
DeleteGeramnya tgok ikan masin, asam keping Dan mcm2 Kat sana...
ReplyDeleteSure Byk borong bawa balik Perth kan
Mmg geram kalau sampai sini, Kak. haritu umi borong byk jugak.. bolehlah buat stok utk 2 tahun kat sini hehehe :D
DeleteMelihatkan gambaq2 ni sure time ni x ramai org ek ? Time kami pi bulan 3 aritu, jenuh senggol2an & kuak lentang nak tawaf kedai. Dah la koridor kedai tu sempit ya amat. Apapun memang rambang mata la tengok brg2 yg dijual. Bertuah ikan kering tu, sampai jugak dia kat Perth.
ReplyDeleteWah siap senggol2 dan kuak lentang lagi hehe..kalau tak silap kami pegi hari sabtu, dan tak ada cuti apa2 so tak ramai org. mmg betul koridor dia sempit silap2 selisih boleh tersembam atas ikan kering.
Deletehaa tula bertuah kan jd ikan kering, dpt naik flight sampai ke sini hehehehe :D
next time kalau mai tg dawai jgn lupa saya tau, maila singgah rumah
ReplyDeleteInsyallah.. kena tunggu balik lama2 sikit br best p :)
Delete