Wednesday, December 5, 2012

Menu western

Menu western kali ini dibuat atas permintaan tetamu yg ingin mencuba rosemary chicken dan steak. :)

rosemary chicken

steak with veg and mashed potato



Resepi rosemary chicken
nota: asalnya dari resepi jamie oliver tp sy sesuaikan, tak letak lemon sbb bila hari2 cium bau lemon, sy dah tak tahan bau dan rasa lemon. :p
Bahan
1kg ayam (atau 1 ekor ayam, terpulanglah. part paling best adalah maryland) dibersihkan
3-4 ulas bawang putih
2-3 sb black peppercorn (kalau suka pedas, boleh tambah)
2 sb dried rosemary
1 sb serbuk paprika or smoked paprika
karot
kentang (kalau suka masukkan kentang, rebus sekejap dan toskan)
sedikit garam
sedikit gula
2 sb minyak masak
2 tangkai fresh rosemary (jika ada)
2 tangkai fresh thyme (jika ada)

Cara:
- Tumbuk bawang putih dengan rosemary kering sampai hancur dan tuang/masukkan ke dalam bekas berisi ayam
- Masukkan minyak masak, semua rempah, garam, gula, karot/kentang dan gaul sebati. Taburkan fresh rosemary dan fresh thyme. Tutup bekas dgn clingwarp dan perap selama beberapa jam atau semalaman
- Panaskan oven kira2 220C, masukkan ayam dalam tray, kalau boleh susun sama rata. Tutup dengan aluminium foil dan bakar selama 50 minit kemudian buangkan foil dan bakar kira2 10-15 minit tanpa foil (jika anda suka kulit ayam tu garing sedikit). kalau tak suka garing, tak perlu keluarkan foil.

Steak
(dulu kami ikut resepi utk 'marinate'kan daging dgn bahan2 tertentu, tp ada kawan yg ajar buat steak the aussie way sgtlah sedap dan mudah sekali sebenarnya)
Bahan
Daging steak (kalau beli kat butcher mmg dia dah asingkan daging yg sesuai utk steak)
Butter

Cara
- Panaskan skillet atau pan dengan api sederhana
- Masukkan butter dan daging. Tempoh masak daging adalah bergantung kepada bagaimana anda ingin mkn, jika ingin masak sepenuhnya, biar satu side masak beberapa minit baru anda alih daging tersebut.
- Bila dua2 side dah masak, angkat daging letak ke dalam pinggan/bekas tahan panas dan tutup dengan aluminium foil selama beberapa minit
- Daging ini akan menjadi sedap dan manis kerana dimasak sepenuhnya menggunakan jus daging tersebut. Tak perlu letak garam sbb butter tu akan menyumbang rasa yg sedap kepada daging.
- Boleh dihidangkan bersama mashed potato dan vege

4 comments:

  1. sedapnya...nnt leh share resepi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah boleh, nanti nak kena karang dulu sbb byk yg main agak2 je hehe :)

      Delete
  2. Sedapnya Kak Ummi
    Sgare resepi, boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, nanti nak try tulis. bab2 resepi ni fail sikit hehehe

      Delete