Saya rujuk kedua2 dua resepi ni dan sesuaikan mengikut bahan yg saya ada dan juga mengikut saiz bekas menjadikannya begini:
Bahan2
1-2 bungkus biskut tiramisu (sponge fingers/boudoir)
250g cream cheese
300g whipping cream
1/2 cawan gula (sy kurangkan lagi dari sukatan ini kerana gunakan sponge fingers yg ada gula)
fresh milk secukupnya dibancuh dengan nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara
1. Pukul whipping cream, gula dan cream cheese sampai kembang.
2. Celup biskut dalam bancuhan fresh milk + nescafe dan susun dalam bekas. (Jangan celup lama kerana biskut mudah hancur)
3. Sapu satu lapisan cream cheese
4. Ayak serbuk koko dengan sekata di atas lapisan cream cheese
5. Ulang langkah 2 hingga 4 untuk lapisan kedua dan ketiga.
6. Sejukkan semalaman atau sekurang2nya untuk beberapa jam. Lebih lama lebih bagus :)
Setakat ini dah dua kali sy cuba resepi ni kerana anak sy suka sangat memakannya :D
Sedapnyaaaa!!Selamat tahun baru Umi..terima kasih mengorder PEMANGGANG AJAIB dr akak..dr jauh lak tu.
ReplyDeleteSedap mmg sedap.. hehe.. sama2 Kak Atie. Umi beli ya. lupa nk bgtau brg dah sampai. Skrg ni zaman cyber nak order dari jauh pun no problem :)
Deletewauuuu...mcm nak capai je satu :)
ReplyDeletekesukaan anak2 akak ni :)
Jomlah kak, jemput datang ke rumah. Umi jamu mkn tiramisu ni nak tak? :)
DeleteSedapnya, lama tak buat Tiramisu. Khamis ni boleh buatlah sebab ada aktiviti makan-makan disini
ReplyDeleteSeronoknya ada aktiviti makan2 lagi.. kalau buat tiramisu ni gerenti laku musim2 panas ni kan Gina?
Deletepernah nak try kak ummi, but then bahan mahal, pastu takut x jadi, terus tak buat, hahah
ReplyDeleteBetul tu Zul, brgnya boleh tahan mahal. krim cheese saja dah $3 seketul, belum masuk whipped cream dan biskut lg. tp bila buat mmg berbaloi sedap sgt. try la zul, tak susah pun. mesti jadi punya lah :)
Deletesdapnya ummi..:)
ReplyDeletetenkiu normi :)
Deletesedapnya!!!!
ReplyDeletetenkiu tenkiu. mmg sedap hehehe :)
DeleteSedapnya...boleh try ni...baru nak berjinak2 membaking ni...btw...roti tu kena bg hancur or just susun cm2 jek???
ReplyDeleteSyu, mmg sedap dan berbaloi mencubanya. Biskut tu cuma celup sekejap aje jgn sampai hancur. Bila dah susun dan lapis dgn cheese, dia akan jd lembut sendiri :)
Delete