Monday, January 14, 2013

Grape Picking in Summer @ Swan Valley - Part 2

Jom sambung cerita dari Part 1 dan tengok gambar2 lagi. Semua gambar dibawah ni diambil di ladang anggur yang sama. Untuk makluman, anggur hijau dibawah ni masih belum masak dan dijangka masak dua minggu dari sekarang. Anggur ni jenis adalah jenis seedless dan jauh lebih manis rasanya, tak sesuai utk penghidap diabetes..

Selain dari anggur, kami juga melawat kawasan di sekitar rumah tuan punya ladang. Suka tengok tanaman yg hidup subur, pokok2 bunga ros, magnolia, herba dan juga buah fig (tin). Buah fig pun ada 2 jenis juga, yg masak kaler hijau muda dan yg berwarna ungu kalau tak silap saya. Buah fig ini dijangka masak dalam tempoh sebulan.
Anggur hijau yang segar

Sangat lebat buahnya

Pokok bunga ros

Close up

Anggur lagi

Geram tak?

Tengoklah betapa lebatnya

Budak dua org ni kerjanya kejar kucing

Kucing ni namanya Harvey. Ni masih kecik lg, kalau dewasa nanti taktahu lah besar mana :p


Harvey
Buah fig jenis hijau

Belum masak

Magnolia yang sangat harum

Inilah pokok fig

Pokok zaitun (olive)

Close up

Bunga ros lagi

Close up

Ros ni pun wangi

Fig ni kalau masak warna purple dan namanya Adam's fig

Hasil tuaian kami

Hampir 6kg semuanya

Segar dari ladang :)

Saya letak alamatnya sekali lagi:
64 Swan Street, Henley Brook WA 


18 comments:

  1. Salam umi, pagi2 ni dh teringat nk jenguk blog umi..mmg tak mengecewakan....adoii semakin teringin nk pegi petik anggur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Haa apa lagi jom le..:) mmg best woo

      Delete
    2. amboi ajak mcm kt sebelah rumah je ye...hehe....magnolia tu cantik btl ye

      Delete
    3. Oh la ingatkan dok sebelah rumah hehehe.. magnolia tu bkn takat cantik, baunya pun harum sekali :)

      Delete
    4. in sha Allah klau ada rezki sampai ke perth lg nanti kita pegi ye....teringin nk pegang dan cium bau magnolia tu :-D

      Delete
    5. Pokok magnolia tu kat rumah orang. kalau kat rumah umi takpe le. tp jgn risau kalau susah2 kita pegi nursery je mesti ada mcm2 bunga hehehe

      Delete
  2. sedapnyer Umi...segar dr ladang lagi tu...buah FIG...buah apa tu...leh makan ke...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sbb manis sgt. Buah fig tu ialah buah tin. Biasanya kita jumpa buah tin yg dikeringkan aje sbb buah ni tak tahan lama dan cepat lebam/rosak.
      Mmg boleh mkn begitu saja, dibuat jem atau salad :)

      Delete
  3. kalau la kat Malysia leh feeling2 mcm ni....ada jer ladang anggur tp x leh self picking mcm ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun tak byk ladang yg bg self picking sbb diorang kena byr insurance, in case ada kemalangan kat ladang ms pelawat dtg memetik. Lagipun kebanyakan ladang guna racun serangga, jd takut ada yg mkn racun sekali he he

      Delete
  4. Replies
    1. Jomla.. best petik anggur ramai2 ni. Sambil petik, jgn lupa mkn sekali :)

      Delete
  5. As salam,
    wah sedap nyer buah anggur tuh umi....besar2 plak tu...liuran dah nih....best kan boleh gi ladang anggur....boleh petik terus ke umi?...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Haah anggur hijau tu mmg besar2.. sayangnya tak masak lagi. masa ni masih masam2 lg, bila dah masak baru maniss..
      anggur ni mmg boleh petik, sambil petik boleh mkn terus :)

      Delete
  6. Aslmkum Umi
    seronoknya dpt petik anggur2 segar gitu....lebat pula tu....geram nak tlg petik sama...hi..h. kat Cairo ni ada ldg2 anggur....adalah nampak tepi2 jln kat hway tp tak da yg open utk buka pada org pergi kutip.buah anggur sini kecil tp manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama..
      mmg best dpt petik anggur, tp tak boleh petik banyak2 sbb tak terlarat nak makan. Biasanya anggur ni tahan dgn cuaca panas kan? kat sini pun tak byk yg buka utk self picking tp tahun ni bernasib baik ada kawan bawa ke tempat ni. mungkin tak ramai yg tahu :)

      Delete
  7. salam cik umi sayang ooi, chek dok tunggu terpacak kat jeti penang nak pi sama petik anggor...dah panaih giler...muka chek sampai dah jelaga dik matahari jadi hitam legam...awat cik umi tak mai ambik chek...jenoh tunggu aaihh, chek jalan kaki pi market beli anggor..chek tanya amoi juai buah mana anggor dr ostalia...chek pun beli sekilo buat pengubat duka...kesian kat chek tau dakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Mona,
      Laa awat dok tunggu kat jeti. Kan dah bgtau suruh naik kapalterbang bukan kapai laut isk2 tu la dah terlepas kapaiterbang dahh.. takpala beli pun sama la mai dari ostolia jugak tu. tp takkan beli sekilo kot kurang2 2-3 kilo la baru kenyang sikit :)

      Delete