Sunday, January 13, 2013

Grape Picking In Summer @ Swan Valley - Part 1

Pagi Sabtu lepas kami telah diajak oleh kawan dan keluarganya untuk pergi memetik anggur  (grape picking). Seronok rasanya sbb sejak duduk sini, inilah kali pertama memetik anggur. Sebelum ni cuma pernah ke ladang anggur tp tak dapat petik.

Menurut anak pemilik ladang ini, sudah 50 tahun keluarga mereka menetap di situ. Anggur di ladang milik keluarga ini ditanam secara organik dan racun serangga tidak digunakan sama sekali. Sebelum memulakan operasi memetik, kita akan dibekalkan dgn bakul dan gunting untuk memetik sendiri. Semasa memetik, kita dipersilakan untuk makan banyak mana yang kita hendak secara percuma. Bila nak bawa balik barulah anggur ditimbang. Harganya ialah $6/kg.

Waktu ini anggur yang sudah masak ialah jenis red seedless yang sangat manis. Anggur hijau pula masih belum masak dan dianggarkan kira-kira 2 minggu lagi baru masak. Waktu yang sesuai untuk ke sini adalah hari Sabtu dan Ahad sahaja dari awal pagi hingga 7 malam.

Alamat ladang anggur ini ialah:
64 Swan Street, Henley Brook WA

Jom layan gambar2... ada banyak juga gambar yg saya ambil dan akan sambung di Part 2 :)
Geram tengok buah yang lebat

Rasa mcm nak petik semua, tp kejap aje bakul dah penuh

Mcm nilah rupanya barisan pokok anggur. Buah anggur terlindung di celah daun-daun

Yang ni pun geram sangat

Budak2 ni main aje la kejenye hehe.. comelll

Yang ni sangat lebat buahnya

Sangat teruja tengok

Sebelah ladang ni ada ladang kambing pulak. Sibuk pula kambing2 ni 'menegur'

Yang ni pun geram juga

Susah la kalau tengok semuanya geram dan nak petik

Ni gaya bila kena suruh posing :p

Budak ni mmg suka anggur

Seronok dapat keluar buat aktiviti mcm ni sekali sekala :)

10 comments:

  1. salam Umi:) he he kita pun sama sebelum tidur tengok blog umi:) parah lah mimpi grapes mlm ni:) Umi gerammmmmnya tak terkata..nak pi carik bijik anggur nak tanam ni..tak kira lah sour ke apa:) seronoknya picking grapes kan;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zu,
      amacam smlm mimpi grapes tak? hehehe.. mmg geram sgt tgk anggur yg sgt lebat berbuah tu. Umi pun teringin nak tanam tp takut tak sempat nak tengok hasilnya. Haritu tgk kat rumah Kak Mynn pun mmg lebat sekali buahnya.
      Mmg best dpt grape picking, rasa cam nak petik semuanya. Kalau dekat2 boleh buat kenduri grapes panggil orang kampung semua dtg mkn :)

      Delete
  2. masyallah, seronoknye dpt pengalaman petik anggur !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok! Sekurang2nya taklah boring musim2 summer ni, ada jugak aktiviti yg best2 :)

      Delete
  3. Kak Ummi
    Bestnya ada grape picking, kat Adelaide cuma ada strawberry, apple and cherry picking aje. Tak merasa pi cherry picking sebab husband tak suka :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah best tu ada apple dan cherry picking. Kenapa husband Gina tak suka cherry picking? K umi suka cherry picking sbb suka mkn cherry. Apple tu kurang sikit mkn tp nak juga experience apple picking.
      Kat sini pun ada apple dan cherry orchard tp tak pernah pergi lg sbb jaraknya dlm 200-300km dr rumah. tak pernah travel jauh2 lg, tp hopefully tahun ni nak pergi apple picking or maybe apple festival.. :)

      Delete
  4. salam kenalan,

    tgk blog akak ni dr blog membe
    tergoda tgk buah anggur tuh yg bergayut2, kalu lah dkt mmg dana dh pg situ petik anggur2 tuh...
    tgk pun dh rasa terliur, kalu ada kt situ camne lah agakneyr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Dana..
      Tak dpt nak ceritakan betapa seronoknya dpt petik anggur. Mula2 cari dan petik segugus dulu untuk makan. Rasa mcm nak makan banyak2 tapi tu je dpt mkn sebab segugus pun dah banyak dan kenyang. Lepas tu petik untuk yg nak bawa balik saja boleh mkn siang mlm. Ada juga yg bg kat jiran2.. :)

      Delete
  5. salam umi, eeemmm bestnya...nak pi jugakkk petik anggorr tu. bawa lah daku pergi bersama mu !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mona,
      Jomm.. jomm.. lepas subuh mai la rumah kita bertolak p sama2. Jgn lupa bawak topi sekali takut panaih :)

      Delete