Wednesday, January 30, 2013

Oven-baked Crab

Jangan marah yaa, saya letak gambar ketam lagi.. Dah mcm2 resepi ketam saya buat. Kali ni bakar guna oven pulak dan bila rasa.. ohh sangatlah manis dan sedap! Resepi ni disediakan oleh grand masterchef (kena bodek sikit supaya dia rajin2 masak hehe)

Untuk makluman, musim summer ni je mewah makan ketam, musim lain tak ada nampak pulak bila cari2 kat kedai seafood mcm Kailis. So ni kira acara setahun sekali lah makan ketam sampai pengsan!
Ambil masa juga nak masak dalam oven. Yg ni ada yg belum masak

Peminat ketam nak makan 2 ekor
Sedapp.. kalau nak resepi bgtau ya, kena tanya grand masterchef :D



Resepinya.. tersangatttlah senangnya.. 

Bahan2
Beberapa ekor ketam (anggaran resepi ini kira2 6-7 ekor ketam sederhana)
2-3 ulas bawang merah - dipotong
3 ulas bawang putih -dipotong
1 biji cili merah - dipotong
Sedikit minyak zaitun (sy guna extra light olive oil kira2 2 sudu besar)
2 sudu besar sos *worchestershire
secubit garam

Cara:
Panaskan oven kira2 200C
Bersihkan ketam dan susun atas baking tray
Taburkan potongan bawang merah, bawang putih dan cili
Tuang minyak zaitun agak2 sekata
Tuang sos worchestershire agak2 sekata
Tabur sedikit garam (tak letak garam pun mengapa sebenarnya)
Masak dalam oven kira2 40 minit atau sehingga masak (bila masak, kulit bertukar sepenuhnya warna oren)

Selamat mencuba! :)


*NOTA:
Saya ada terbaca somewhere yg mengatakan sos worchestershire ini adalah haram. Tak tahulah saya, ada siapa2 yg ada rujukan kat website mana2 dari badan halal tak? Untuk makluman saya gunakan produk masterfoods dan berdasarkan website ini http://www.halalchoices.com.au/sub_pages/masterfoods.html ianya adalah halal. Kebaikannya walaupun Australia ini bukanlah negara Islam, ada badan2 yang memantau status halal di sini.. tarak tipu punya.. jadi bolehlah gunakan tanpa was2.. :)

20 comments:

  1. of course la nak resepi..cepatttt...nak try gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah letak resepi tu Su, sempat lagi nak masak malam ni. hehehe.. :)

      Delete
  2. rasa dia asli x kak?mcm sedap je..gne minyak zaitun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentu rasa asli.. Boleh rasa manisnya isi ketam tu. Mmg guna minyak zaitun sikit. Kalau tak ada minyak zaitun, boleh aje guna minyak sayuran atau minyak masak yg biasa tu :)

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah mmg kenyang dan puas sekali tahun ni sampai 'hantu' ketam pun surrender tak larat makan dah :p

      Mcm mana Zul dah selamat sampai ke kampung? Apa khabar family semua harap diorang sihat2 hendaknya. Mesti seronok Zul dah balik ni.. sampai2 je makan apa? :D

      Delete
  4. Aslmkum Ummi
    besar ketam itu...puas mkn. baru perasan yg ketam byk pd musim panas....patutlah skrg ni winter di Cairo tak byk ketam dijual.
    ttg worchestershire sos tu ada terbaca juga tp kat tempat akk ada dijual...cuma tak perasan brand apa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mama,
      Memang besar ketam ni. Makan seekor pun dah kenyang. Agaknya musim sejuk ketam ni sembunyi kot hehe..

      Kat sini diorang mmg open untuk crabbing time summer aje, time lain closed season.

      Delete
  5. salam umi, ketam ostolia gemuk n sihat noo, puaihh hati aaihh kalau juai kat penang rm29/ kilo ! ketam - selalunya chek masak kari 0 kari...terkadang aja chek "masak lomak cabai melaka"!..hisss tengok resepi umi teringin nak try weekend ni! umi hamg mai tau umah chek bawak lemon sekali bulih buat ayaq lemon + assam masin..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mona,
      Kat sini pun depa juai lebih kurang RM45/kg. Lagi la mahai... tu yg kami p tangkap sendiri tu tp maximum sorang boleh tangkap 10 ekoq ja kalau tak mmg tangkap banyak2 bukak gerai tepi jalan juai ketam dah la..
      ketam kari pun sedap.. masak lomak pun sedap. weekend ni jgn lupa no tunggu sampai umi p jgn p mkn sorang2 pulak. Cheq mau lemon brp lori? :)

      Delete
  6. mak ai sedapnyerr..kalau nak lemak berkrim may be kiat tabur cheese aor butter kan umi...pepandai je tau tapi mmg nk cari ketam n cobeee ni looks so yummeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea jugak tu Sis, butter mmg boleh jd penyedap. kalau tabur cheese pun menarik jugak, tak pernah mkn ketam dgn cheese lg. try la buat nanti dan bgtau cmn rasanya.. :)

      Delete
  7. woaaahhh... super yummeehhh ni..

    ReplyDelete
  8. salam..

    dap..dap..dap..bestnye makan ketam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Viva,
      mmg sedap sampai menjilat jari :)

      Delete
  9. Sedapnya lauk ketam Kak Ummi ni, rasanya dah tak banyak ketam di Adelaide ni, agaknya semuanya dah berhijraj ke Perth kut...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye ke patutla byk ketam tahun ni mungkin la tu sbb berhijrah dari Adelaide hehehe.. :D Kat sana ada aktiviti crabbing jugak?

      Delete