Thursday, May 16, 2013

Tips musim sejuk di Perth - oleh Cik Kymba Gendut

Entry atas permintaan Mommy Nur Zara dan kawan2, kakak2 dan makcik2 yang nak melawat ke Perth di musim nan dingin ini (autumn - winter)..
Mmm kejap kymba nak fikir yee..

Aaa Kymba rasa musim sejuk ni paling best berjemur tengah panas lah

Tapi jgn lupa ye pakai pelembap banyak-banyak, takut kulit kering. Jangan tiru cam Kymba ni






































































































Cuaca di Perth 
Boleh rujuk laman web http://www.weatherzone.com.au/wa/perth/perth yang lebih dari 90% tepat. Terdapat maklumat Chance of Rain, Rain Amount dan UV Index yang saya selalu tengok terutamanya kalau nak membasuh baju. Kalau UV tinggi, seeloknya pakailah sunscreen lotion ya kerana langit di sini biasanya tak berawan dan kadar UV memang tinggi.

Suhu
Suhu terkini waktu siang puratanya ialah dalam 20-21C. Sediakan pakaian bersesuaian kerana angin di sini sangat sejuk. Cuaca waktu malam jauh lebih sejuk dan turun sehingga bawah dari 10C. Musim sejuk (winter) pula suhu minimum jauh lebih rendah tetapi Perth tiada salji. Musim sejuk adalah musim paling banyak hujan. Hujan jika lebat biasanya jarang berpanjangan dan selepas hujan, tidaklah becak kerana tanahnya yang berpasir.

Walaupun suhu sejuk, kulit cepat menjadi kering dan pecah-pecah sehingga senang terluka. Oleh itu rajin-rajinlah menyapu krim atau losyen pelembab supaya kulit anda gebu. :) Anda boleh bawa sendiri losyen dari Malaysia kerana lebih murah atau tiada masalah untuk beli di sini disamping sebagai kenang-kenangan: "Inilah losyen yang dibeli kat Perth.." Perghhh!

Baju sejuk
Baju sejuk boleh dibeli di sini dengan harga berpatutan di kedai-kedai seperti K-Mart, Big W, Best and Less, Rivers dan sebagainya. Jika mahukan baju sejuk yang lebih mahal boleh dapatkan di Target, Myers, David Jones, Kathmandu dan sebagainya. Tapi jangan terkejut kerana kebanyakan pakaian di sini datang dari negara China, Bangladesh dan sebagainya. (Menimbulkan kemarahan kepada negara barat kerana menggalakkan industri ini di negara dunia ketiga sehingga mengabaikan faktor keselamatan).. erkk..nasib baik kymba pakai baju sendiri aje he he he

22 comments:

  1. Replies
    1. Salam Kak Atie,
      Terima kasih sbb puji Kymba. Mmg tak sia2 bg dia makan yg mahal2 dan sedap2 kalah tuannya hehehe

      Delete
  2. Nakkkk...
    Tp Teringin nak gi Musim bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datangla musim bunga Kak, boleh posing2 dengan bunga tulip yang beraneka warna :)

      Delete
  3. Aslmkum Umi
    Kymba ni kalau dpt kat Syakirah habislah dibuat main...dia geram dg kucing. kat sana musim sejuk skrg....terbalik di Egypt dah masuk musim panas. betul tu kalau musim sejuk sama spt Egypt...kulit cepat kering...gatal dan senang luka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama,
      Budak2 yang datang sini dan nampak Kymba semuanya geram dan nak main dengan dia. Tp kymba pandai bila ada org datang, dia sembunyi, tidur atas kerusi bawah meja makan.. hehehe
      Egypt dah panas sekarang ya? Musim buah apa time panas2 macam ni?
      Mmg betul kulit cepat kering, gatal dan luka. Tambah2 jari2 pun bila asyik membasuh pinggan, mmg tak terasa. Bila dah hilang sejuk baru perasan luka dan sakit :p

      Delete
  4. alololo tomeyyynya kimba... salam kenal..jmputla follow kmbali n jenguk entry trbaru sy :)
    http://theqas.blogspot.com/2013/05/its-teachers-day-of-2013.html

    ReplyDelete
  5. waahh kejap dah nak winter.. best sejok2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni winter mcm cepat pulak, dah mula sejuk, hujan kerap2..sesuai utk hibernate hehehe :D

      Delete
  6. Awwwwwwwww so sweet cik kymba ni. ok nnti farah cari lotion. mmg x teringat langsung. Baju sejuk nnti nak beli kat sana sbg kenangan. Oh ya cik kymba barang apa MUST buy nak bawa balik ke malaysia? hehe. corelle musti tgh offer ye dak? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kymba mmg sangat sweet, gebu dan manja.. barang yg must buy mestilah nougat dan souvenir dari sini. corelle skrg takde offer pulak tp still boleh beli lg no worries :)

      Delete
  7. Replies
    1. Bambam yg sgt comel, ye tak?.. paling best pagi2 dia suka main lari2 dalam rumah. tiba2 pintas kita yg tengah berjalan. heee dah la badan tu besar, boleh tersembam kita dibuatnye :p

      Delete
  8. waa sonok winter kt sana..comenyer bambam tingak kt ciko di kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum betul2 masuk winter lagi ni. Kalau winter semuanya berbungkus habis.. termasuk Kymba bambam :D

      Delete
  9. hahaha...comelnya kymba umi..tengok badan dia macam besa sikit, beza dengan kucing kat malaysia ni, tp tak taulah..haha lawak2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kymba memang besar Shaqzs, beratnya sekarang dah 7kg. Sesiapa yg dtg tengok mesti terkejut. Nak dukung lama2 pun tak larat.. :p

      Delete
  10. Salam Ummi

    kalau musim panas di Egypt..buah yg byk tembikai, mangga dan anggur tp belum byk lagi skrg sbb baru masuk musim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mamasya,
      Sama macam sini jugak musim panas ada tembikai, mangga dan anggur. Umi skrg tgh enjoy mkn buah kegemaran, iaitu pisang kaki.. sedap sangat tambah yg belum betul2 masak tu sgt rangup :)

      Delete
  11. Salam juga utk cik kymba comel..laa ummi bagi dia makan apa tu....nekcik bli friskies berkilo kilo tapi boi boi tak dapat gemok camtu.....
    Opoh....sejuk dan cepat malam..nekcik gi sydney dulu kna nak masuk winter..tak sempat nak jalan sesangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik,
      Makan friskies mmg tak gemuk mcm ni. Kymba mkn tuna dalam tin. satu tin kecil harganya $1.50 lagi mahal dari sardin yg kita makan hehehe
      Winter ni mmg asyik hujan aje sampai susah nak basuh baju. nak mandi pun malas, kymba lg best tak mandi terus :D

      Delete