Monday, May 20, 2013

The Roundhouse Gift Shop @ Araluen Botanic Park

Destinasi seterusnya selepas ke ladang pisang kaki ialah ke Araluen Botanic Park untuk berkelah. Tidak ramai pelawat pada musim ini kerana kebanyakannya suka datang waktu musim cuti sekolah dan terutamanya semasa musim bunga (September - November). Waktu paling sesuai untuk melihat bunga tulip ialah awal musim bunga.

Kami sampai agak awal dan masih banyak picnic bench yang masing kosong. Rupanya kebanyakan pelawat datang waktu tengahari dan ke atas. Kali ini saya cuma ambil gambar sekitar gift shop. Saya sangat suka ambil gambar sebegini dengan tujuan untuk membelek satu persatu barang yang ada di kedai ini melalui gambar. Biasanya susah nak nampak barang-barang yang menarik di depan mata melainkan perlu menghabiskan masa yang lama di sini, ye tak?

Jom tengok gambar...
Tenang dan damai di bawah rimbunan pokok-pokok

Duduk-duduk dengan kawan sambil menunggu kedai dibuka

Burung hantu yang sangat comel, bunga tulip plastik pun cantik

Bantal kusyen yang sangat cantik dan penutup kawasan pendiang

Mata jenuh melilau cari yang berkenan

Sebakul bunga hiasan yang mampu menceriakan suasana

Jatuh cinta dengan lampu meja,, dan hiasan lain yang cantik

Rasa macam nak pegang dan belek satu persatu

Hiasan untuk digantung sangat comel

Cantik-cantik

Bantal kusyen yang sangat menawan

Tray, placemat dan coaster.. lampu kegemaran saya lagi

Mug dan teabag/spoon rest pun ada. sangat comel dengan gambar tulip

Jom kita duduk bersama sambil minum kopi panas-panas di sini

Alangkah gembiranya dapat duduk di sini bersama kawan-kawan

Ada masa ingin datang lagi minum kopi di sini.. mungkin bila tulip sudah berbunga :)

10 comments:

  1. Aslmkum Umi
    kalau dpt ke kedai jual brg rumah gitu mmg leka dibuatnya. sy mmg suka belek2 perhiasan rumah terutama kalau English decor. biasa kat sana kalau kedai begini jual brg2 baru atau yg 2nd hand...sbb nampak elok semua brg.
    re; ais krim gelato...dah lupa berapa harga beli dlm 3-4 Euro lebih rasanya. ttg makanan halal di Rom, mudah sekitar station bas utama ada beberapa kedai halal India yg buka 24 jam..ada jual kebab,pizz,nasi beriani & nasi putih. ada dikongsikan dlm pt 2 dan pt akn dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mamasya,
      Samalah hobi kita. Kedai kat atas tu jual brg baru. tp kebanyakannya diambil dari kedai2 lain so better beli kat kedai sebenar lebih murah.

      Mudah kan sekarang, pergi mana2 pun senang dptkan makanan halal. samalah mcm kat sini, ms nk dtg dulu tak dpt bayangkan mudahnya nak cari kedai halal.

      Tak sabar tunggu entry Mamasya yg seterusnya.. xpe, umi tunggu... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Bukan bercuti pun Normi, setengah jam je dari rumah. Cuma aktiviti hujung minggu :)

      Delete
  3. cantiknya Kak Ummi, hopefully we all pun nak explore banyak tempat di Adelaide ni sebalum balik in September nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dgn K. umi byk tempat lagi tak explore.. byk yg dekat dgn rumah pun tak pergi lg :D

      Delete
  4. slm kak umi.
    waktu saya dtg sini dulu kedai ni x bukakkkkk...tensen tul. tape since akak dh post gmbar boleh suh adk sy g beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Elena,
      Mungkin masa tu dia tengah renovate tak? hehehe

      Memandangkan dah ada gambar ni bolehlah suruh org belikan ye tak? :)

      Delete
  5. Replies
    1. Alamak, nak yang mana tu? hehehe :D

      Delete