Wednesday, May 22, 2013

Red Velvet (RV) cupcake lagi..

RV cupcake ini saya buat lagi atas permintaan kawan-kawan saya yang teringin merasanya. Kadang-kadang seminggu atau dua minggu sekali kami akan berjumpa untuk makan tengahari bersama-sama sambil berbual tentang bermacam hal.

Kalau agak rajin sikit, kami akan ajak lebih ramai lagi untuk makan-makan dan saya akan masak sesuatu untuk dicuba. Ada yang bawa makanan yang dibeli, ada yang bawa buah dan air minuman. Sangat meriah bila buat potluck sebegini :)

Paling menarik sekali makanan datangnya dari pelbagai negara. Masa inilah kita dapat rasa makanan yang kita tak pernah tengok. Bila ada aktiviti sebegini saya telah diperkenalkan dengan gozleme. Ada juga jenis makanan dibuat dari ubi kayu yang ditumbuk. Sangat menarik, kan? :)

Nota: entry sebelum ini tentang Red Velvet dan resepi yang saya gunakan boleh dilihat di SINI.

Cupcake RV dalam muffin cup warna biru pula kali ini

Mmm memang sedap. Puji diri sendiri hehehe tapi kawan-kawan kat sedap oklah tu kan?

Dalam gambar ni saya bawa roti jala dan kari ayam serta kek coklat

Ada yang bawa gozleme, buah strawberi, cherry tomato dan air minuman


Kek pisang dan cookies pun ada ;)


12 comments:

  1. Replies
    1. Bab2 makan ni mmg best aje, normi hehehe ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Buat kat ofis pun boleh juga Dana.. Waktu rehat bw makanan sorang sikit :)

      Delete
  3. Assalammualaikum...

    mselim3 dah rasa lapar lah pulak tgk hidangan nie mmg menyelerakan.....

    pls: kak umi kena terbangkan kek nie ke Malaysia jugak utk mselim3 yum..2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt mselim3

      Makanan simple2 aje, kat sana makanan tentu jauh lebih sedap2 dan byk pilihan kan?

      nanti k umi sewa jet nak terbangkan kek ke Msia. takpun kirimkan kat pilot lah kalau dia sudi :)

      Delete
  4. assalamualaikum...
    amboiiii sedapnya ummi... akak tak pernah wat RVC lagi... tapi dah pernah makan.. sedappppp..!! pandai ummi wat ye.. :) cantek..
    makanan lain pun megiurkan je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak,
      Mesti cuba buat nih sbb boleh makan sesedap rasa hehehe.. umi buat tak berapa cantik tu, topping dia terlalu cair, tak boleh nak paipkan. tp tak kisahlah dah selamat masuk perut pun :)

      Makanan lain tu time rajin boleh la buat. kalau time malas, telan air liur jugak hehehe

      Delete
  5. Aslmkum Umi
    best xtvt makan2 potluck begini....mcm2 makanan boleh dirasa
    dan yg pasti RVC tu yummmy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt Mamasya,
      Mmg best potluck mcm ni sbb bila kumpul ramai2, jd byklah makanannya.. RVC tu mmg yummy sbb ikut resepi sebijik2 hehehe

      Delete
  6. Salam Kak Umi,sedapnye tgk red velvet tu..cream cheese nmpk mengiurkan..
    Insyaallah next week pun sy nak buat rv sempena bday mak mntua..tgh duk berangan sambil belek utube nak deco camne..heee,excited:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani,
      Mmg sedaplah cupcake ni. kalau MIL Hannani mkn mesti dia puji2 menantu kesayangannya ni hehehe.. cream cheese tu mmg sedap betul. k umi suka letak banyak2 bila mkn baru terangkat! :D

      Delete