Percubaan kali pertama menghasilkan kek yang sangat sedap, tapi kurang cantik kerana air telah meresap ke dasar kek apabila kek dibakar. Namun begitu teksturnya di dalamnya memang menjadi dengan gebu. Jom tengok..
Boleh tahan jugaklah walaupun tak cantik mana.. |
Memang sedap betul rasanya |
Sangat berbaloi membuat kek ini |
Tengok tekstur dalamnya.. memang lembut macam kapas! |
Tak rugi mencubanya! |
Resepi (saya rujuk dari blog kak Azie Kitchen, tp sy tak letakkan jus lemon)
250g cream cheese
50g butter
100 ml fresh milk
6 biji kuning telur
60g tepung Self Raising
20g tepung jagung
Bahan B:
130g gula pasir kasar (granulated sugar)
6 biji putih telur
note: cream cheese, butter dan telur mestilah @ room temperature
Saya rujuk video dibawah untuk buat kek ni
Cairkan cream cheese + susu secara double boiler. Bila dah cair dan tidak berketul, alihkan dari haba dan masukkan butter. Kacau sebati.
Pukul kuning telur dgn sedikit gula.
Campur dgn adunan cream cheese tadi.
Ayak dua-dua jenis tepung dlm adunan. Kacau sampai
tiada ketul atau lebih baik tapis adunan tersebut.
Pukul putih telur dengan sedikit gula dalam bekas yg bersih dan kering dan pastikan gunakan whisk yg kering. Tambah gula berperingkat dan pukul sampai stiff atau bertanduk.
Pukul putih telur dengan sedikit gula dalam bekas yg bersih dan kering dan pastikan gunakan whisk yg kering. Tambah gula berperingkat dan pukul sampai stiff atau bertanduk.
Tuang putih telur dlm adunan cream cheese, kacau dlm pusingan dan kaup balik sampai
sebati. Alas springform pan dgn baking paper dan buat dinding yg tinggi sekeliling pan dgn baking paper.
Balut bahagian luar pan dgn aluminium foil sebanyak beberapa lapis supaya air
tak masuk. Tuang adunan dlm pan. Tap pan gently. Letak pan atas tray. Tuang air
panas ke dlm tray dan bakar dlm suhu 150-160C selama 1jam 20 min atau sampai kek
masak.
Bila kek masak, offkan oven. Keluarkan tray berisi air tadi dan biarkan kek di
dalam oven selama setengah jam dengan merenggangkan pintu oven sedikit (selitkan sudip di pintu oven).
Selepas setengah jam boleh keluarkan kek dan sejukkan atas redai. Ini adalah supaya kek tidak mendap atau turun mendadak.
Nota:
Kek yang saya buat telah dimasuki air, kemungkinan balutan aluminium foil yang tidak kemas sehingga air meresap masuk ke dasar kek. Saya ada terbaca teknik lain yang mencadangkan supaya menuang air panas ke dalam beberapa biji ramekin dan diletakkan di redai bawah semasa membakar kek. Mungkin saya akan cuba teknik ini pada masa akan datang.
makaii gebussnyer..tapi macam susah jer part membakingnya tu!!
ReplyDeleteMemang gebuss sekali Nekcik, tu yg leceh sikit masa nak baking tu :p
Deletenampak sedap sangat ni...nak cuba lah
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba.. Memang sedap betul kek ni :)
DeleteGebunya....:-)
ReplyDeleteGebu macam span :)
Deletesdapnya..mtk skit kak..:)
ReplyDeleteSedap sgt bila buat sendiri ni Normi. Jauh sgt nk htr pun ;)
Deletenk sikit kak... msti sedap nih
ReplyDeleteNk htr cmn guna email aci x? Hehehe.. Sedap kek ni maklumlah cheese kan mmg sedap ;)
Deletenampak gebu sungguh kek ni..
ReplyDeleteKek paling gebu pernah buat setakat ni hihi :)
Delete