Menu makanan terdiri dari makanan timur dan barat, termasuklah makanan Arab. Hmm menarik tu dan banyak pilihan. Kafe ini baru saja dibuka tahun ini dan semasa kami ke situ, baru seminggu dua beroperasi. Apa yang kurang menarik ialah sikap beberapa pelanggan yang merokok di dalam kedai. Memang merosakkan mood dan suasana betul lah. Ini bukannya kedai mamak, lagipun tiada bekas abu rokok disediakan. Kesian betul dengan tuan punya kedai.
Apa pun jom layan gambar.
Tengok menu pun rasa macam nak cuba macam-macam :) |
Baru dibuka memang bersih, harap kekal macam ni |
Macam teringin set ayam penyet. Ikan bawal pun menarik tu kan? Harganya pun berpatutan |
Set kebab pun ada |
Nampak sedap ni tapi dah order nasi takut tak termakan yang ni |
Nasi Kabsa |
Nasi Maqluba |
Anak minta spaghetti bolognese yang dihidangkan dengan potongan roti |
Nasi maqluba kambing |
Lasagna pun nampak menarik |
Ayam penyet. Oklah bagi saya |
wah..best2..:)
ReplyDeleteDapat makan sampai memang best, Normi ;)
Deletesemua menu nampak sedap2 harga pun berpatutan... nengok sambil telan liur laju2
ReplyDeleteMemang sedap2 Dana, habis licin semuanya.
DeleteKat KL pun ada banyak kedai makan sedap2 terutama ayam penyet ni kan Dana.. sampai taktahu nak pilih kedai :)
orang yang dekat jugak tak p hehehee
ReplyDeleteSelalunya yang dekat tu paling payah nak sampai kan Kak?
DeleteHaritu umi cari pulut udang dekat Sek Men. Takdak pulak, dah pindah ka? Nasib baik ada pulut udang kat depan Sek Rendah.. fuhh mmg rindu betui dengan pulut udang dan pasar malam kat kampung kita tu :)