Monday, November 11, 2013

TIPS MUSIM PANAS

Langit nan biru

Cantik tapi panas

Waktu ni lah perlu ada kipas atau aircond kat rumah


Cuaca musim panas
Cuaca Perth di musim panas sudah tentunya panas dan kering, tidak panas lembap seperti di Malaysia. Tapi ada masa kadar kelembapan jadi seperti negara kita sampai berpeluh-peluh jadinya. Suhu waktu siang secara puratanya adalah 30C dan boleh mencecah sehingga lebih dari 40C! Apabila suhu menjadi 40C selama 2 atau 3 hari berturut-turut, ianya dipanggil heat wave dan keadaan ini berlaku kadangkala 2-3 kali sepanjang musim panas (berdasarkan pengalaman 2 tahun kebelakangan ini).

Suhu paling tinggi biasanya sekitar jam 3.00 petang dan kadar UV adalah sangat tinggi. Boleh rujuk cuaca perth untuk tempoh 5 hari di laman web Perth Weatherzone atau Bureau of Meteorology.

Suhu waktu malam adalah lebih sejuk. Berikut maklumat dari laman web Perth Tourist Centre. 

Summer in Perth: 
The official start of summer in Perth is December, finishing 3 months later at the end of February. The weather is warm to hot over the summer months, although the hottest months are usually January and February. The weather is fine and dry, and rain at this time of year is very unusual. Perth also enjoys a refreshing afternoon sea breeze known as the Fremantle Doctor which brings welcome relief on hot days.


Average Summer Temperatures
December: Daytime 27-30COvernight Minimum 15-18C
January: Daytime 30-33COvernight Minimum 18-21C
February: Daytime 30-33COvernight Minimum 18-21C

Waktu siang lebih panjang. 
Apa maknanya? Walaupun maghrib (sunset) sekarang (pada waktu ditulis ini) adalah sekitar jam 7.00 malam, waktu subuh masuk awal iaitu pada jam 3.40 pagi dan matahari terbit (sunrise) pada jam 5.11 pagi. Jam 5.30 pagi biasanya sudah terang benderang seperti pukul 8.00 pagi di Malaysia.

Jadual waktu solat boleh dirujuk di sebelah kanan blog saya. Jika anda menggunakan smartphones bolehlah memuatturun aplikasi untuk jadual waktu solat.


Apa yang perlu anda bawa/sedia?
Pakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca panas. Jangan tiru macam orang di sini yang memakai pakaian ringkas kerana kulit mereka berbeza dengan kita. Tapi kalau nak cuba bolehlah, mungkin bila anda pulang nanti ada yang tak kenal.. he he.. gurau aje. Tapi budaya berjemur di tengah panas ini boleh membawa risiko kanser kulit.
 
Jika ingin berada di tempat terbuka gunakan sunscreen lotion, memakai topi, sun glasses untuk melindungi mata dari panas terik matahari.

Minum air yang banyak.


Maklumat tambahan
Musim panas ini juga banyak lalat (bush fly). Kalau di tempat kita lalat suka menghurung makanan kan? Bush fly ini lebih minat menghurung manusia, terutamanya muka. Kebiasaannya waktu ini jika anda mengunjungi Pinnacles memang banyak lalat yang akan menghurungi muka anda. Jadi kemungkinan besar adalah sukar untuk anda bergambar waktu ini. :)

Memandangkan sekarang masih musim bunga saya sertakan maklumat berikut:
Spring in Australia is magpie season, when a small minority of breeding magpies (almost always males) around the country become aggressive and swoop and attack those who approach their nests, especially bike riders. This species is commonly fed by households around the country and is the mascot of several Australian sporting teams.

Jika ada yang mempunyai anak kecil dan sebagainya, hati-hati jangan dekati burung magpie ini kerana jika burung ini sedang melindungi sarangnya, ia akan menjadi agresif.

Apa yang menarik di musim panas?
Cuti sekolah bermula kira-kira pertengahan Disember hingga penghujung Januari. Sekolah dibuka semula pada bulan Februari. Jika ingin bercuti waktu cuti sekolah di sini, kemungkinan harga penginapan adalah dalam kategori peak dan menjadi super peak sekitar krismas dan tahun baru.

Musim ini paling ramai yang suka berkelah di tepi pantai, memancing dan menangkap ketam (crabbing).

Twilight hawkers market diadakan setiap hari Jumaat sehingga penghujung bulan April 2014.

 

3 comments:

  1. saya salah sorang pembaca senyap blog umi. bila rindu akan perth saya akan jenguk blog ini. pengalaman tinggal di perth 14 tahun yg lalu selalu menggamit hati. beberapa bulan yg lepas pun saya n family berkunjung ke sana utk melepaskan rindu.Akhirnya saya n family buat keputusan utk memohon pr. Sekrg masih dlm proses. harap semuanya berjalan lancar .sekiranya tiada aral saya n family akan berhijrah ke sana akhir tahun depan. In sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca blog umi. Tentu rasa rindu teringatkan Perth kan, dapat bayangkan macam mana rasanya sebab kami pun rasa begitu juga kalau balik bercuti sekejap kat Msia..mmg rindu suasana di sini.

      Insyaa Allah semoga dipermudahkan urusan nanti hendaknya :)

      Delete
  2. Seronok ke tinggal di perth...saya baca pun mcm besr je...saya bercadang nak melawat perth...ada apa2 tips?

    ReplyDelete