~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa mula-mula datang ke sini agak 'pening' juga nak cari ikan segar ni. Kat pasaraya memang ada jual ikan, tapi biasanya telah dipotong dalam bentuk fillet dan yang dah disejuk beku. Entah macam mana rupa ikannya? Selain tu ikan dan makanan laut dijual di kedai-kedai seafood. Kalau teringin kembung atau cencaru kami akan beli ikan dalam pack yang frozen di kedai oriental.
Kemudian baru tahu ada pasar basah menjual ikan di Market City, Canning Vale setiap pagi Sabtu. Setakat ni tak pernah lagi ke sana sebab tengok suasananya boleh tahan meriah, susah kalau bawa anak-anak ke sini. Maklumat lanjut boleh baca di SINI.
Selain itu tak jauh dari rumah ada 2 buah kedai seafood, satu kedai tu agak besar dan harganya boleh tahan juga iaitu Seafresh Myaree. Apapun kami lebih suka ke kedai Kaili's ni yang membuat jualan murah setiap hari Sabtu.
Kaili's terletak di Myaree, iaitu di kawasan kedai berhampiran Chan's brothers. Kena masuk melalui pintu menuju ke Lime's baru nampak kedai ni terletak di hujung.
Alamatnya:
Shop 12/1 Marshall Road,
Myaree WA 6154
Just off Leach Hwy between Bunnings and McDonalds.
Phone: 08 9317 6243
email: melville@kailis.com.au
Ikan bream.. cari dalam bahasa melayu Ikan Kuku? ye ke? |
Sirip, kepala ikan dan tulang ikan pun diorang dah pandai jual dan beli |
Bugs ni kalau tak silap udang lipan kan? Udang kat sebelah tu pun agak murah |
Macam ni lah rupa kedai menjual makanan laut ni |
Yang dah dipotong siap pun ada dijual. Sebelah tu ada salmon, snapper dan ikan kerapu kalau tak silap. Tak sempat snap gambar dia dah siram dengan ketul ais :p |
Snapper |
Balik beli ikan tapi tak sempat masak dah lapar, so buat mi sup simple dulu untuk alas perut. Fishball beli kat kedai oriental :) |
Geram je tgok ikan2 tu
ReplyDeleteIkan kuku? Tak pernah Dengar Dan tgok:)
Haah mmg geram tengok, sayang sekali tak sempat amik gambar ikan yg besar.
DeleteItu lah umi pun tak pernah dengar nama ikan kuku. Kat sini mmg biasa jumpa ikan bream tu :)
saya pon tercari apa ikan bream dalam malay, mcm ikan talapia, but for sure nt talapia, kalau kat launnie, ikan ni lah best memancing, pastu goreng garin, sedappp.heheh
ReplyDeleteMesti Zul rindu ikan bream ni kan? Balik duduk kl nak mancing kat mana, laut pun jauh.. sambung PhD pulak lah Zul. Boleh mancing lg kat sini :)
Delete