Sunday, November 17, 2013

Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak - Penang

Minggu ni agak sibuk kerana kami akan menerima tetamu selama dua minggu berturut-turut. Walaupun tetamu hanya akan datang hari Jumaat, banyak urusan perlu dibuat terutama mengemas rumah, membeli stok makanan yang mencukupi dan beberapa urusan lagi. Ye lah kan, mana sempat nak pegi beli barang dapur kalau dah jadi tourist guide dan sibuk dengan urusan masak memasak. Kalau tak sempat update blog nanti faham-fahamlah ya :p

Jadi kali ini saya buat housekeeping ajelah kat blog. Minggu ni cuma dapat update gambar tempat makan menarik yang kami terjah sewaktu balik bercuti tidak lama dulu.

Entry restoran sebelum ini boleh dilihat di SINI. Ikutkan menu yang kami pesan biasanya sama aje, tapi masih suka letak post kat sini sebab tiap kali tengok memang terliur, terus terasa rindu nak balik kampung.. rindu sebab nak makan! hahaha

Kalau jalan-jalan ke Penang jangan lupa singgah makan kat sini ya!
Restoran ni dibuka dari tengahari sampai ke malam

Waktu sampai ni selepas maghrib tak ramai orang

Kaunter bayaran

Haa cerah sikit

Sampai kat sini mula-mula tuju ke bahagian makanan laut

Pilih dulu ikan atau makanan laut yang kita nak. Kemudian pekerja akan timbang

Dan tanya masakan apa yang kita nak

Pari bakaq? Asam pedaih? Boleh ajaaa

Kalau nak mi udang, pilih la berapa ekor udang yang kita nak dalam mi tu. 2-3 ekor cukuplah sebab udang ni besar!

Sotong ni cam memanggil-manggil.. menjelma menjadi sotong celup tepung :p

Haa peminat ketam dah booking 3 ekor, tu pun kena runding sekejap sebab mula2 dia nak 10 ekor! Hahaha

Ketam nipah ni kan?

Siput lala? retak seribu? tak ingat nama sebenar

Sebelum sampai sini lagi dah terbayang kerang bakar

Harga makanan laut. Dengan sukahati convert ke AUD. Ahh baru berapa dollar! :p

Sudah canggih sekarang, tak perlu melambai-lambai minta nasi tambah hehe

Kerang bakar sampai dulu!

Kangkung goreng belacan yang dirindui (kangkung mahal kat sini)

Sup daging

Tom yam ayam

Mi udang yang penuh dengan sayur.. jenuh nak habiskan memang banyak!

Ketam rebus untuk mat ketam :)

8 comments:

  1. Nom nom nom... sedap nyer.... nasib baik tengok entry ni dah malam, kalau idak ni meleleh air liur tau... ketam i loike

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat ketam jugak ye KakNi? Kat sini tak lama lagi akan bermula musim crabbing. Lepas ni boleh la buat menu ketam kerap2 sikit :)

      Delete
  2. Boleh rambang mata kalo masuk sini ya.. semenye fresh lg... nk g jgk jauh sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh mana tak sampai 3 jam rasanya. Hujung minggu pun sempat pegi jalan2 lagi, tido la semalam dua dekat penang baru best sikit JJCM :)

      Delete
  3. Kalau suka makan seafood mesti terliur tengok kan Normi :)

    ReplyDelete
  4. kak umi..mmg betul..sy biasa ke penang utk memancing mesti akn tgl di chalet seri idaman ni..makan di restoran ni jg..mmg best kn kak ;-) ..nyum2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke umie, rupanya umie pernah duduk chalet tu ya. Best la senang anytime nak makan kat restoran ni. Makanan sedap2 belaka

      Oh ya mancing kat mana tu, dari atas chalet ke?

      Delete