Monday, June 3, 2013

Western Farmer's Markets @ Palmyra Primary School

Sedikit cerita tentang jalan-jalan ke Farmer's Markets di Palmyra. Pasar tani ini diadakan setiap hari Ahad mulai 8 pagi hingga 12 tengahari bertempat di padang sekolah Palmyra Primary School, 60 McKimmie St, Palmyra WA.

Ada dua insiden yang melucukan sewaktu ke gerai buah. Pada mulanya ada seorang budak lelaki yang asyik merenung ke arah kami. Mungkin hairan melihat orang Asia? Sama macam ekpresi kita melihat mat saleh pergi ke pasar di tempat kita agaknya he he.. kemudian datang seorang budak perempuan dengan ibunya. Di atas meja buah terdapat sepinggan potongan buah tembikai. Suami saya telah bergurau dengan budak perempuan tersebut dengan mengatakan yang dia boleh mengambil semua potongan buah yang ada. Selepas kami membayar sayuran dan buah yang dibeli, kami menuju ke gerai seterusnya sebelum tertoleh dan melihat budak perempuan tersebut sudah keluar dari gerai tersebut bersama-sama pinggan tembikai tersebut. Kemudian disusuli oleh ibunya yang berlari mendapatkan anaknya dan memulangkan semula pinggan buah tersebut. Isk3...kena hati-hati jangan bergurau sebarangan dengan kanak-kanak... :p

Berdasarkan website, pelawat yang ingin membawa anjing perlulah mengikat anjing di tempat yang disediakan. Tapi tak kurang juga yang masih membawa anjing ke gerai sehingga menyusahkan orang lain. Hmm..

Dari segi persekitaran, sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ada tempat permainan yang selesa. Namun saya dapati gerai disediakan tidak sebanyak Manning Farmer's Market kerana tidak banyak pilihan yang ada di situ.

Maklumat lanjut http://www.westernfarmersmarkets.com.au/

Kain rentang

Taman permainan kanak-kanak di sekolah ini



Gerai makanan

Gerai menjual French crepes

Tempat aktiviti kanak-kanak

Gerai menjual jem, teh dan sebagainya

Suasana di sini

Inilah tempatnya, bertempat di padang sekolah

Salah satu tempat mainan yang biasa ada di sekolah-sekolah di sini

Homemade jam, pickles, biscotti dan sebagainya

Gerai menjual empanada

Diorang sangat friendly kalau kita mengambil gambar

Pekerja sedang membuat empanada

Epal pelbagai jenis.. Rosey Red

Strawberi

Parsley, labu, pisang kaki, cili dan sebagainya. Sangat menarik!

Pisang kaki.. rhubarb pun ada! Rugi tak beli.. teringin nak cuba resepi menggunakan rhubarb

Gerai menjual native plants

Kacang walnut dan pecan

Pink lady, granny smith apples serta Packhan pears

Tengoklah anjing kat sini semuanya besar-besar





6 comments:

  1. bestnya market kat sana..open..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Open dan bersih sekali, kan Normi? :)

      Delete
  2. mmg bersih lah! oh ya this week farah akan ke perth. yahoooo. cik kymba bleh bgtau tak saiz baju di sana. ramai plak yang pesan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiz baju kymba ke? hahaha gelak besar kymba camtu. Kat sini saiz baju ada yg S-2XL mcm kat sana, dan ada juga dalam bentuk nombor eg 16-18 utk saiz biasa (rasanya 18 tu L) dan 20 ke atas utk plus size.

      Nak pesan baju apa tu, baju kat sini harganya boleh tahan harganya tp so far kebanyakannya made in india/china/bangladesh etc :)

      Delete
  3. Bestnya k.umi. Beli banyak2 kacang, later u can make ur own nut butter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best Wati.. ada juga beli kacang kat sini, mcm pistachio tu huu puaslah makan sampai terbatuk2. tak sempat nak buat nut butter :)

      Delete