Monday, April 7, 2014

Berkelah di Araluen Botanic Park

Selepas membeli kurma cina dan mangga di WSO, Bedfordale, kami menuju ke Araluen Botanic Park untuk makan-makan.. Apa lagi kan, bukan senang nak ke sini. Lagipun Araluen cuma terletak di sebelah sana bukit tak jauh dari Bedfordale.

Suka sangat ke sini, tengok keindahan alam. Makan ramai-ramai semuanya jadi sedap. Jom tengok gambar..
Nasi lemak digandingkan dengan ayam masak merah. Macam pelik takde sambal tapi bila makan rasa cam ngam aje :)

Ikan bilis dah tentu ada, timun dan oh ada mini burger juga selain buah kurma cina dan potato wedges!

Cantik dan tenang suasananya

Ada wakaf disediakan untuk berehat dan berkelah

Tak banyak bunga musim ni, tunggu musim tulip berbunga baru meriah

Jadi kita ambil gambar bunga yang ada aje la

Sangat cantik

Cantik kan?

Cuba dapatkan shot yang menarik. Maklumlah saya bukannya pro :p

Saya suka nii

Close up

Kat sini pun cantik

Kolam renang zaman dulu di bawah tu

Abe ni kejenye main game aje la

Adik pula photobomb Gambar diambil oleh videographer profesional :)

Bawa teropong untuk bird watching ;)

Jump! Ni la kejenye dengan uncle Faizi

Selfie paling ekstreme? hehehe :p

8 comments:

  1. cantik sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan bersih sekali tempat ni, Nana :)

      Delete
  2. cantik taman nyer kak.... tak ramai org pulak berkelah2 ke jln2 situ ye kak... tp msti nyaman kan.... duk pulak mkn sedap gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik tempat ni Dana. Musim ni memang tak ramai orang jalan2 ke sini sebab terletak agak jauh. Tunggu musim bunga nanti baru ramai orang. Betul nyaman sekali sebab ni kawasan berbukit, kena angin sejuk ni cepat je lapar :)

      Delete
  3. Bestnya Umi, dapat jalan-jalan kat tempat menarik di sana. Kat Araluen Botanic Park memang terkenal dengan tulip kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu, Araluen memang terkenal dengan tulip. Kena tunggu bulan 8-9 baru boleh tengok tulip. Seronok jugak dapat jalan-jalan ke sini sekali sekala :)

      Delete