Tuesday, April 8, 2014

Restoran D'Nyonya Penang - East Victoria Park

Restoran D'Nyonya terletak di Albany Highway, East Victoria Park, bersebelahan dengan Turkish Kitchen. Menu yang pernah saya cuba sebelum ini adalah nasi goreng sambal belacan. Memang sedap dengan saiz hidangan yang banyak. Kami jarang ke East Victoria Park kecuali kalau ada urusan, tapi kali ini kami ke sini kerana ingin mencuba menu dengan hidangan nasi putih. Anak-anak pun suka ke sini tambahan pula ada menu tomyam seafood. Saya pun lagilah suka sebab boleh makan ais kacang!

Alamat kedai:
Shop 6 & 7, 1019 Albany Higway, East Victoria Park
6101 Perth WA

Jom tengok gambar...

p/s: Ada diskaun 20% pada setiap hari Rabu. Menarik kan? ;)
Kami ke sini untuk makan malam.. tengok jalan raya waktu ni lengang aje

Sebelah kedai ni adalah kedai kebab Turkish Kitchen. Bau semerbak kebab dan pide :)

Menu istimewa bulan ini

Suasana dalam kedai

Alamat dan no telefon kedai

Seafood tomyam

Sup apa ntah ni tak ingat

Ginger beef

Otak-otak and rice

Kailan ikan masin yang superb

Cendol

Ais kacangg!!! Kalau pegi Penang carilah ais kacang ok ;)

Mmm sedap betul..

2 comments: