Thursday, April 17, 2014

Long holiday

Hujung minggu ini adalah cuti panjang bermula hari Jumaat sehinggalah ke hari Isnin atau Selasa. Jumaat ni adalah sambutan Good Friday. Sabtu hingga Selasa ialah Easter. Hari ni tengok ramai orang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli-belah sebab Jumaat pasaraya tutup. Kita pun kalut juga, tengok orang memborong coklat dan sebagainya. Sempat lagi meminjam dvd movie dekat kiosk supaya anak-anak tak keboringan melepak kat rumah.

Selepas easter hari selasa, ada 2 hari bekerja iaitu Rabu dan Khamis. Walaupun begitu, ada juga yang telah mula bekerja pada hari Selasa lagi. Hari Jumaat depan cuti umum Anzac Day pula. Kalau kat tempat kita dah tentu amik cuti 2 hari dapat 10 hari. Wow! Apapun biarlah diorang dengan sambutan perayaan diorang kan.. tapi kita yang tengok coklat ni meleleh air liur juga. Jadi rembatlah seketul dua untuk di nyam nyam..

Oh ya dah mood cuti ni mungkin tak sempat update blog nanti. Sibuk nak habiskan arnab-arnab ni bukannya senang.. hmmm dan mungkin ada plan nak jalan-jalan juga untuk menenangkan fikiran he he..
Arnab emas

Dah kenyang makan tergolek macam Kymba..
Cat scratching post yang tumbang angkara kymba gendut :p


6 comments:

  1. aaaah the fererro rocher in the shape of a bunny!! must be delicious!! hehe. anyway, kymba's soo cute and tembam hehe.

    x, Farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Farah, dah tentu sedap sebab dalamnya coklat ferrero rocher hehe.. Kymba kata terima kasih puji dia, nanti dia posing comel2 lagi :)

      Delete
  2. besarnyer cokelat arnab tuh kak.... musti sedap nih... dana masa tgk dr jauh ingat gambar unta hahhaha...
    hahahah kymba mmg gendut... sedap gomol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak besar mana pun Dana, cukup untuk seorang yang tengah lapar untuk habiskan sekor.. Mmg sedap ni sebab coklat ferrero rocher.

      Kymba tu angin sikit kalau gomol sikit dia tak suka. Tapi k umi tak kira memang suka kacau dia, geletek2 perut dia yang gebu tu hehehe

      Delete
  3. hei dak kymba ni sesuker hati jer golek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la Nekcik. Kymba ni ikut suka dia je nak bergolek.. kadang2 jalan elok2 depan kita tetiba terus tergolek. Nyaris tersadung hehehe

      Delete