Sunday, April 6, 2014

Mencari kurma cina di Bedfordale

Setiap tahun tertunggu-tunggu musim buah kurma cina ni. Kalau terlambat sikit, takut habis atau terlepas kerana kurma cina yang segar ni biasanya ada semasa awal musim luruh saja.

Kurma cina ni ditanam di ladang pisang kaki di Bedfordale iaitu di Willow Spring Orchard (WSO). Waktu kami ke sini pisang kaki masih belum masak. Apapun rasa sangat berbaloi dapat tengok sendiri kurma cina di pokoknya. Sayang sekali tak boleh petik sendiri :p

p/s:
Post terdahulu tentang persimmon orchard ini boleh dilihat di SINI, di SINI dan di SINI (beserta alamat).
Pisang kaki belum masak. Ada 2 jenis pisang kaki rupanya. Yang ni namanya fuyu, jenis lembut

Boleh makan bila dah masak, kulit berwarna oren dan rangup. 

Inilah rupanya pokok kurma cina (chinese dates)

Banyak yang dah masak dan ada yang dah kering

Dah jadi kurma cina kering

Yang hijau tu pun boleh dimakan

Kurma cina jenis besar

Yang ni pula jenis kecil

Close up

Jalan menuju ke bangsal menjual buah. Boleh parkir  kereta di sebelah bangsal

Deretan pokok kurma cina. Tak macam pokok kurma pun kan?

10 comments:

  1. sedap ke kak rasanyer kurma cina nih yg lum kering kak? kt malaysia tak penah jumpa pun buah nyer yg segar gini yg dh kecut mecut adalah... tak sedap lak kt lidah dana yg kering tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Dana, rasanya rangup dan manis macam jambu batu. Kat Msia ada yg kata pernah nampak tapi tak pasti lah. Kurma ni memang biasa dikeringkan, direbus dengan air dan airnya buat minum. Baik untuk perjalanan darah dan utk sesiapa yang ada masalah tidur.

      Delete
  2. Umi, 1st time tgk pokok kurma cina....tak sangka ia kering akt pokok kan.......amazing laahhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa camtulah rupa pokoknya. Bila dengar kurma cina, mesti kita terbayang macam pokok kurma kan? Tu yg sanggup amik gambar nak tunjuk kat sini, share info hehe..Mmg amazing sekali, dapat tengok depan mata.

      Kurma cina yang kering diorang jual juga, lebih mahal dari yang fresh. :)

      Delete
  3. suka sangat2 dgn pisang kaki.
    kurma cina tu macam bidara kan.....tapi dua-dua xbiasa makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kalau suka pisang kaki bolehle datang jalan2 ke sini time ni hehe.. mcm la dekat kan? kat kedai sekarang diorang jual sebiji dalam $2 atau RM6.

      Kurma cina tu nampak saja macam buah bidara tapi rangup/gebu dan manis macam jambu batu :)

      Delete
  4. Kak Umi,kurma cina ni makannya macam mana?hihihi.naive sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dimakan begitu saja, macam makan epal tu. Buka mulut, gigit, kunyah2 dan telan hehehe

      Delete
    2. Owh ingat kena msk dulu ke apa.hihihi.kelakar la kak umi ni.nnt kak umi citer mcm mana nk mkn buah fig pulak.byk sgt kat sini.hihihi.

      Delete
    3. Kurma cina yang kering tu kena rebus dulu lah dah minum airnya.

      Buah fig pun boleh dimakan begitu saja juga, biasanya makan isi dibahagian dalam, nak makan dengan kulit2 pun boleh. Selain tu boleh masukkan dalam salad, sebagai dessert atau buat jem. Tapi fig ni tak tahan lama, cepat lembik/rosak. Kena makan cecepat :)

      Delete