Monday, April 14, 2014

Cuti sekolah dah bermula...

Cuti sekolah sudah bermula dan sekolah akan dibuka pada hari Rabu, 30 April. Menarik sekali bila sekolah dibuka pertengahan minggu. Biasanya guru-guru akan bekerja sehari lebih awal sebagai persediaan sekolah,

Gambar di bawah ialah salah satu aktiviti sekolah. Hari terakhir sekolah pada hari Jumaat lepas merupakan hari Crazy hair/hat day. Pelajar dibenarkan ke sekolah dengan fesyen rambut atau topi yang pelbagai  gaya serta digalakkan memberi gold coin donation ($1 atau $2) pada hari tersebut untuk tabung sekolah. Macam-macam cara kutipan tabung sekolah dibuat di sini kan?

Kemudian gambar-gambar loom bands, demam atau kegilaan yang sedang melanda di sini, dengarnya di Malaysia pun macam ni ya? Ada pelajar sekolah yang menjual hasil kerja masing-masing dengan harga serendah 40 sen mengikut design.

Akhir sekali ialah contoh hasil seni. Suka sekali tengok aktiviti seni di sini. Sangat unik dan fun!
Terjumpa topi wizard aje boleh laa

Siap tambah janggut palsu lagi he he

Batman dengan design loom bands

Satu lagi design

Yang ni macam lain pulak

Ingat hobi budak perempuan aje rupanya budak lelaki pun minat

Hasil seni..Cikgu amik gambar sambil suruh buat muka terkejut

Kemudian tampal kat lukisan.. hahaha memang kelakar :D

6 comments:

  1. ooooo itu namanyer loom bands, siap ada bekas rupenyer camne nk buat bentuk2 gitu... kalau jd trend bdk lelaki pun nk brgaya jgk kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Dana. K umi pun baru tahu ada bekas khas untuk buat semua ni. Dulu2 mana ada kan.. :)

      Delete
  2. saLAM sis..mana nak cari tempat buat loom bands ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. loom bands kat atas ni beli kat reject shop. Selain tu kedai kraf Riot pun ada jual jugak. Tengok ada banyak stok di Riot Carousel sebelah kedai oriental.

      Delete
    2. Own tq sis...btw kita sampai sana 17/5..Cuaca Sejuk tak sis?

      Delete
    3. Cuaca dah mula sejuk, terutama waktu malam. Walaupun siang matahari terik pun angin yg bertiup tu sejuk.

      Dekat2 nak datang nanti boleh check cuaca kat sini --> http://www.weatherzone.com.au/wa/perth/perth

      Delete