Thursday, June 5, 2014

Tolo Supermarket - Thornlie

Pertama kali dengar nama Tolo Supermarket dari kawan. Katanya beriani kat sini sedap. Jadi saya pun google cari kat manalah supermarket ni, ingatkan restoran rupanya 3 dalam 1. Ada supermarket menjual pelbagai jenis produk dari asia, kafe di satu sudut menjual nasi dan sebagainya serta di bahagian belakang supermarket pula ada daging halal.

Tolo Supermarket ini terletak di Thornlie Square, kira-kira 1 atau 2 km dari dari Spencer Village . Kalau google tengok ada satu lagi alamat di Maddington. Saya kurang pasti jika ada beberapa cawangan tapi cawangan yang saya kunjungi ini terletak di Thornlie. Memang tepat sekali makanan yang dijual di sini sangat sedap, saiz hidangannya pun sangat banyak berbaloi dengan harga.

Alamat:
TOLO SUPERMARKET 
Shop 13 Thornlie Square Spencer Road 
Thornlie, WA 6108


Papan tanda serta senarai menu






Pilihan nasi putih: ada nasi putih, nasi beras perang dan nasi beriani serta lauk
Kerusi meja disediakan dan ruang makan bersila di bahagian atas :)

Kari yang ada kat sini
Ayam bakar yang lembut dan sedap
3 jenis nasi


Nasi beras perang (brown rice) dengan ayam bakar



Beriani ayam yang sangat sedap

2 comments: