Satu perkara yang perlu diketahui jika ke sini iaitu sepertimana waktu menginap di homestay, anda perlu membersihkan ruang dapur, membasuh pinggan mangkuk yang digunakan dan disimpan semula di tempat sepatutnya serta membuang sampah sendiri sewaktu check out. Kiranya cuma tinggalkan katil tak perlu dikemaskan atau sapu sampah di lantai. Lain-lain perlu dalam keadaan asal. Jika tidak kita akan dikenakan cleaning fee. Apapun rasa sangat kagum dengan amalan kebersihan di sini.
Selain pilihan chalet, terdapat kawasan perkhemahan untuk caravan di sini. Pantai juga terletak berhampiran dan anda cuma perlu berjalan kaki sejauh beberapa meter untuk ke situ. Ada taman permainan kanak-kanak, jumping pillow dan juga mini golf untuk kanak-kanak. Kawasan untuk berBBQ pun turut disediakan.
Jom tengok gambar...
Chalet berhadapan jumping pillow dan ada dapur bbq |
Satu lagi chalet di sini.. setiap chalet ada kerusi meja di balkoni |
Waktu operasi jumping pillow |
Jom melompat! |
Orang dewasa pun boleh join ni :) |
Kemudahan bilik mandi, tandas dan ruang membasuh untuk campers |
Salah satu unit studio |
Bunga raya senang betul hidup di WA ni |
Kawasan perkhemahan caravan |
Bunga raya kuning yang sangat cantik |
Berseri-seri warnanya |
Cantik kan? |
Pejabat atau kaunter resepsi di bahagian dalam turut menjual keperluan harian |
Jom main mini golf |
Seronok jugaklah budak-budak dapat peluang macam ni |
Lebih seronok dari main video game |
Antara cabaran yang ada |
Pukul aje la macam mana pun, kita nak ajar pun tak reti he he |
Pakai selipar je main golf he he |
Taman permainan |
Geram tengok petunia yang cantik ni |
Water fountain yang menarik |
alahai cantiknyer kak....
ReplyDeletepastu kan bunga raya mcm2 color ada... geram betul...
jumping pillow tuh mmg lembut boleh lompat2 yek kak? jakun pulak heheheh
Haa memang cantik betul, padahal belum musim bunga ni. Kalau musim bunga tentu lebih meriah. Pokok bunga raya kat sini hidup subur, ada yang naik sampai tinggi dan penuh dengan bunga besar-besar!
DeleteJumping pillow tu dibuat dari getah memang untuk melompat-lompat.. itulah menariknya kat sini :)
bestnya bercuti..:)
ReplyDeleteBest juga jalan-jalan tengok tempat orang ni walaupun agak keletihan kerana terpaksa berjalan jauh :)
Delete