Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Mubarak

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat di mana saja anda berada.. Saya dan keluarga mohon maaf jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa, atau ada perbuatan/perkataan yang mengguris perasaan.

Kami di sini berpuasa dalam musim sejuk (winter). Memang seronok sekali sebab tak terasa lapar dan dahaga tetapi sudah tentu rasa sangat sejuk. Waktu berbuka adalah lebih awal iaitu kira-kira pukul 5.23 petang dan paling lewat di penghujung Ramadhan kira-kira jam 5.42 petang.

Menu berbuka pada hari pertama ialah menu biasa sahaja, cuma tambah buat roti jala atas permintaan anak-anak.

Berpuasa di sini boleh mengajar kita untuk bersederhana. Kalau masak sendiri, cuma masak ikut apa yang termampu hendak di makan. Tapi sesekali kalau ke bazaar Ramadhan, boleh lupa diri jadinya :p

Peminat roti jala yang rajin menolong di dapur

Boleh tahan la kan hasil kerjanya ni :)



Budak yang tak puasa dalam rumah ni

Suka buat muka kesian minta makan.. makan banyak pulak tu.. isk3

8 comments:

  1. salam ramdhan kak umie, rindu puasa ausie, cepat je buka, pastu hari2 mengidam je nak makan sedap, tp selalu ada kelas, heheh,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Zul,
      Puasa kat Aussie ni best sebab cepat buka, tapi tak semeriah dengan bazaar ramadhan mcm di tempat kita. Itu la duduk sini mesti mengidam nak makan macam2 kan.. tapi bila dapat masak sendiri haa puas hati makan kenyang2 :)

      Delete
  2. selamat berpuasa kak...

    rajin nyer anak bujang akak membantu kt dapur, geram tgk budak gemuk tak pose tuh... kalu di gomol best tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat Dana sekeluarga.. Aiyan macam mana sekarang? Nanti dia dah besar mesti dia rajin nak menolong juga :)

      Haa budak gemuk tu memang geram betul selalu jugak k umi gomol dia best sangat uli2 hehehe

      Delete
  3. selamat berpuasa akak!
    wah boleh tahan sangat hasil kerja anak teruna akak...
    budak yang tak puasa tu sangat debab! comey sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa Mrs Smile.. :)
      Haha kena minta tolong anak teruna sebab sekarang dah besar kena ajar ke dapur juga sebab tak ada anak perempuan kecuali gegirl debab kuat makan tu je la.. mmg takleh harap langsung kat dapur :p

      Delete