Pantai kedua ialah Emu Point, berdekatan dengan chalet yang menjadi tempat tumpangan kami di Albany.
Perlu hati-hati semasa berjalan di atas batuan |
Kawasan berbatu di Cheynes Beach |
Antara pemancing yang kelihatan |
Dua beradik kesejukan |
Kawasan penginapan di Cheynes Beach |
Bongkah batu besar yang terletak di atas bukit |
Tak boleh duduk lama kerana budak-budak dah bosan menunggu |
Balik dengan tangan kosong.. tapi dapat pengalaman tak ternilai datang ke sini |
Layan video tengok orang tangkap salmon.. patutlah ramai kaki pancing yang sanggup datang dari jauh. Kadang-kadang orang di sini tangkap dan lepaskan semula (catch and release).
Emu Point Beach terletak bersebelahan chalet |
Tak sesuai mandi di sini |
Bergerak menuju ke hujung tanjung pula.. air di sini lebih tenang |
Tempat sesuai untuk memancing ikan tailor |
Kat sini pun ramai yang memancing |
Ada parkir dan kemudahan bbq di sini.. |
Juga kafe, boleh duduk minum kopi |
Kalau nak memancing di atas jeti kena harung air dulu lah |
Oyster Harbour catchment |
Tengok orang naik kapal layar |
Teringat pensel warna luna :) |
Pemancing lagi |
Taman permainan kanak-kanak |
mmg tak berhasil langsung ke memancing tuh kak? takde rezeki kan.... kalu geram2 jala je kak hehehe.... bersih je tempat2 kt sana ek kak... tmn permainan pun bersih n terjaga je
ReplyDeleteTak dapat apa2 pun Dana, bila pergi memancing waktu malam baru dapat ikan. Tapi tak ambil gambar pun gelap waktu malam. Tak boleh nak menjala sebab kawasan berbatu. Kat sini kalau dia bagi memancing, kena pancing aje la tak boleh menjala sesuka hati sebab ranger selalu juga ronda. Kalau buat salah contohnya memancing ikan kecil yang tak cukup saiz, memancing ikan di luar musim (jenis-jenis ikan ada musim yang dibenarkan) akan diberi amaran atau denda :p
DeleteHaa taman permainan kat sini memang bersih. Kebanyakan kawasan dan padang sangat bersih, jarang sangat jumpa sampah. :)
Kak Umi,
ReplyDeleteMusim salmon rupanya.Patut la masa kat rockingham haritu pernah sekali ternampak sekumpulan ikan mmg byk giler bergerak satu kumpulan.Memang mengucap pjg la time nampak tu.Mmg keajaiban la.Masya Allah.Pastu ada kwn ckp tu ikan salmon dan time tu mmg musim dia.
Apapun bestnya pergi picnic.Husband kena ke adelaide pulak but this time saya tak follow sbb kejap jer.Salam Ramadhan Kak Umi : )
Laa kenapa tak cakap, penat betul jalan jauh-jauh ke Albany untuk kejar salmon rupanya salmon pergi ke Rockingham hahaha.. ok jugaklah kalau tidak tak sampai pulak ke Albany. Sekarang ni musim snapper, Fi ;)
DeleteUntunglah Fi duduk kat depan pantai.. cantik betul Rockingham beach. First time k umi sampai situ. Oh hubby Fi outstation lagi rupanya..
Salam Ramadhan juga buat Fi sekeluarga. :)
As Salam, umi.
ReplyDeleteSubhanallah... cantiknya bumi Allah.
Wsalam wbt Cik Mona,
DeleteBetul tu betapa indahnya bumi Allah.. umi ni pun yang dah tengok sendiri, masih tak jemu2 tengok gambaq..
Lagipun biasanya dalam gambaq baru kita nampak macam2 yang depan mata tak nampak tu kan? ;)