Sunday, June 1, 2014

Persimmon Orchard in Late Autumn

Jom jalan-jalan ke persimmon orchard! Waktu ini daun-daun dah bertukar warna dan banyak yang luruh. Tak lama lagi habis lah daun dan buah di pokok. Bagi sesiapa yang nak tengok, kena pergi cepat-cepat ya, kalau tidak kena tunggu tahun depan.

Kali ini kami berkunjung ke dua-dua buah ladang iaitu Willow Spring Orchard dan Waterwheel Orchard. Kami sempat borong buah persimmon iaitu pisang kaki, longan, limau mandarin dan kiwi gold di WSO. Selain tu ada juga buah avokado dan kurma cina yang dikeringkan dijual di WSO. Kalau berkesempatan di sini jangan lupa cuba kiwi gold ok, bukan green kiwi. Kiwi gold ni sangat maniss..

Kemudian kami ke Waterwheel Orchard dan beli buah persimmon lagi.. saja suka-suka untuk tengok kualiti buah di kebun sebelah :)
Daun-daun dah banyak berguguran

Daun sama warna dengan buah yang masak

Longan segar

Sebelah sini masih banyak daun dan buah

Pokok di depan bangsal jual buah

Persimmon dan buah-buahan lain pun ada dijual di sini


Jom ke Waterwheel Orchard

Pokok-pokok di Waterwheel Orchard.. nak petik ni siap gunakan kren kecil

Waktu bangsal buah dibuka

Buah yang dijual di sini

Harga mengikut gred

4 comments:

  1. Replies
    1. Haah Normi.. segar dari ladang :)

      Delete
  2. assalam..nak tanya selalunya musim buah2an ni bulan berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Musim persimmon ialah musim luruh.. lebih kurang mac hingga mei macam tu banyaklah buah ni. Strawberi waktu musim bunga nak masuk summer. dekat hujung2 tahun banyak buah ceri dan mango. Summer musim anggur (jan-feb)

      Delete