Untung betul lepas habis
Malaysia Hall Open Day minggu lepas, minggu ni ada
Mamak Night kat
Curtin University pula. Bolehlah jalan-jalan sambil beli makanan. Tak banyak ambil gambar makanan sebab cuma bawa
handphone aje, lagipun siang pendek dan tengok-tengok dah gelap (maghrib pukul 5.20 petang) jadi inilah saja gambar yang sempat diambil.
Jom tengok...
|
Menu dan harga |
|
Salah satu gerai di sini.. Rasanya ada lebih dari 10 buah gerai. |
|
Gerai Mahsuri Satay menjual nasi tomato dan kuih-muih |
|
Kawan saya pun nak cuba nasi tomato. Lauk pedas katanya :) |
|
Gerai tauhu sumbat |
|
Gerai burger, kuetiau tomyam, kuetiau goreng dll |
|
Boleh pilih nak kuah cili atau kuah kacang |
|
Kuetiau tomyam |
|
Boleh tahan sedap hirup tomyam musim sejuk macam ni :) |
saya rindu mamak night, niaga nasi lemak paling laku, hehe
ReplyDeleteHaa nasi lemak ya.. sedap tu.. tahun ni mamak night ramai pulak biz satay, tak nampak pulak teh tarik. :)
Deleteyummy..:)
ReplyDeleteSemua yummy :)
Delete