Monday, August 26, 2013

Berry White

Harini lambat sikit update blog disebabkan kesibukan yg melanda.. hehe mcm la hari2 lain tak sibuk kan? :p
Petang semalam lepas sekolah kena suruh anak bujang saya makan dinner cecepat sebab pukul 4.20 petang perlu ada di sekolah untuk menaiki bas ke UWA? Kenapa? Sebabnya dia mengambil bahagian dalam koir sekolah-sekolah yang diadakan di Winthrop Hall, University of Western Australia (UWA). Kami sengaja tak beli tiket untuk menyaksikan persembahan kerana tak sanggup duduk berjam-jam untuk mendengar koir, bukan dari sekolah ni saja tapi dari beberapa sekolah lagi. Cukuplah sekadar membeli dvd aje kan.. :p
Selepas persembahan, ibu bapa diminta menjemput anak-anak masing. Persembahan bermula dari 7.30 sehingga 9.00 malam. Pukul 9 lebih baru boleh dapatkan anak masing-masing. Bila balik rumah dah mengantuk sangat. Pagi ni pula bawa si Kymba untuk check up dan vaccination. Fuhh macam anak kecik aje kan. Vet check dan ambil darah, rekemen ubat titis untuk cegah cacing dan kutu, cadang snek untuk menguatkan gigi dan macam-macam lagilah, banyak jugak pitih yang keluar untuk si kymba tapi apa nak buat kan, kenalah jaga dia elok-elok (walaupun kadang-kadang selalu 'bergaduh' dengan dia) hahaha..
Ok, jom tengok bunga terbaru yang saya beli. Baru ni cuma beli 2 pokok aje, tak pernah tengok lagi spesis ni. Satu pokok saya hadiahkan kat kawan yang baru pindah rumah dan satu lagi saya tanam kat belakang rumah. Bila tengok-tengok pokok ni solo aje rasa tak berseri. Terus cari lagi 2 pokok, cukupkan 3. Sambil tu sempat tinjau bunga lain lagi yang dijual tapi tak beli pun sebab rasanya dah cukup kot pokok bunga di kawasan rumah (setakat ini) :)
Berry white

Suka dengan kombinasi warna ungu dan putih

Banyak yang belum kembang

Bunga iris ni pun sangat menarik

Warna ungu dan kuning yang berseri

Tulip pun ada dijual

Dah hampir kembang

Berry white setelah dialih ke tanah. Tunggu beberapa hari baru ok sikit ni

10 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih Normi.. tu yg berkenan sgt, sbb warnanya :)

      Delete
  2. Cantiknyer...akak minat sungguh Iris, kalau lah dpt tanam Iris berbagai warna...mmmm berangan aje lah akak ni umi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah nak berangan.. dari angan-anganlah boleh jadi kenyataan, ye tak?

      umi ni pulak teringin nak tanam orkid tapi belum sempat nak menuntut ilmu penjagaan orkid hehehe ;)

      Delete
  3. salam UmiYUmi..cantiknya bunga..menawan sungguh kalernya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Atie,
      musim ni macam2 jenis bunga ada sampai taktahu nak pilih. Jalan2 kat nursery pun mcm jalan2 kat taman bunga. Last2 pilih bunga yang agak2 nyesal kalau tak beli :p

      Delete
  4. cantiknyer bunge iris tu kak... lebih cantik dr tulip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan Dana, tulip ni kalau dia belum betul2 kembang tu cantiklah. Kalau kembang sgt, tak brp cantik dah :)

      Delete
  5. subhanallah.. lawala berry white. warna feveret farah plak tu. purple. jgn lupa upload pic bila berry white berkembang banyakkk... musti lagi cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, mmg tgh sabar tunggu semuanya kembang ni.. ;)

      Delete