Biskut raya paling senang dibuat, cornflakes madu! Kali ni lebih senang sebab saya gunakan cornflakes yang sudah mengandungi kacang (
crunchy nut). Untung buat kuih raya kali ini bila dibantu oleh anak-anak. Walaupun anak lelaki, diorang sangat ringan tulang membantu saya memasak dan membuat kerja-kerja rumah. Sambil duduk tolong saya tu masa nilah saya boleh duduk bersembang dengan anak-anak kan? Bila dah remaja nanti mungkin sudah tak banyak masa dengan kita.
Kymba pula dengan aktiviti biasa, makan dan tidur..
|
Biskut paling laku setiap tahun |
|
Rasanya sangat rangup dan manis |
|
Dapat 3 bekas semuanya.. tapi hari ni dah habiss licin :p |
|
Inilah produk yang saya gunakan |
|
Aktiviti kymba.. tidur siap mimpi dan mengigau |
|
Tak tahan sejuk jugak dia :p |
As salam, yg dihormati adinda ku umi semoga sihat sejahtera hendakNya.
ReplyDeleteRamadhan semakin dihujungnya...adinda umi tak balik kampung ka?? X teringin nak makan halwa maskat ka....x teringin makan kuih kapal terbang...karas...cakaq ayam...eee sori...lupa nak komen pasai gambaq n3 umi...!!
Selamat hari raya, maaf jika terkasaq bahasa...
Wsalam wbt.. kekandaku yang disayangi semoga sihat sejahtera dan gumbira selalu hendaknya..
DeleteAdinda tak dapat balik beraya tahun ni, maafkan adinda, sehingga kini tertunggu kiriman ketupat, rendang dan halwa maskat yang tidak kunjung tiba. Tiap kali posto lalu depan rumah, adinda tersentap bila tiada bungkusan dari kekanda. Dimanakah?? oh tidakk..
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin noo.. kalau ada silap dan salah terkasaq bahasa, tergurau terlebih.. ni sedih tau lama tak makan kuih kapai terbang, karas.. cakaq ayam tu fevret tauuu eeee
Okeh, nak p makan ketupat dah. Ingat nak bakaq satay tapi hujan lebat tak berenti pulak ni :)
As salam, selamat raya....la adinda ...kekanda dah hantaq...pasai apa depa x hantaq....sat nak pi keriyauu kat depa ....la umi depa hantaq parcel tu guna " kuih kapal terbang"...Eemmm!!
ReplyDeleteWsalam Kekanda Mona,
DeleteLaa macam tu kaa.. awat tak habaq awai2? Patut dok tunggu tak sampai2 rupanya naik kuih kapai terbang :p