Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga.. Andai ada salah dah silap sepanjang saya berblog ni mohon maafkan ya, mana tahu ada yang tulisan atau gambar dipaparkan tidak disenangi atau mengguris hati, atau terlebih bergurau..
Untuk makluman umat Islam di Perth ada yang mula beraya hari ini, Khamis 8 Ogos dan ada juga sebahagian yang beraya pada hari Jumaat 9 Ogos 2013. Mengejutkan bukan? Boleh rujuk di
SINI.
Oh ya, hari Selasa lepas terima bungkusan istimewa dari tokdin untuk cucu-cucunya.. di dalamnya ada kad raya dan kerepek kesukaan. Terima kasih atas ingatan tokdin, walaupun tak dapat beraya bersama, masih dapat berkongsi kegembiraan di hari raya.
|
Kad raya dengan muzik |
|
Tulisan tokdin |
|
Lukisan tokdin :) |
|
Kerepek bawang kesukaan abe awe |
|
Maruku dan kerepek pisang pun ada |
|
Bungkusan sampai dalam masa seminggu tanpa masalah. Nur Fatihah adalah nama sepupu budak-budak ni :) |
Selamat hari raya UMIYUMI....klu ada silap & salah k.atie,kemaafan k.atie pinta yer.Semoga lebaran kali ini lbh membahgiakn umi sekluarga
ReplyDeleteSelamat hari raya juga buat Kak Atie sekeluarga. Maafkan juga jika ada silap dan salah umi terhadap Kak Atie. Mcm mana raya, mesti seronok kan bila semua anak-anak dapat berkumpul :)
Deletekak ummi, selamat hari raya, maaf zahir batib, walaupun x pernah berjumpa, tapi rasa macam dah kenal lama, hehe, selamat makan kuih raya baru sampai, hehe
ReplyDeleteSelamat hari raya dan maaf zahir batin juga buat Zul yg berada di sana. Betul lah walaupun tak pernah jumpa, rasa cam dah kenal lama. Haha best raya2 ni makan kerepek dan biskut raya. :)
Delete