Sunday, August 4, 2013

Bunga dan biskut dahlia

Tak lama lagi musim bunga akan bermula.. terasa sekejap pula rasa masa berlalu, kan? Walaupun sekarang masih musim sejuk, suhunya dah tak begitu sejuk macam sebelum ni. Selain itu, akhir-akhir ni pun kerap juga hujan. Dalam seminggu dua ni, cuma 2-3 hari saja cuaca panas dan masa tu lah sibuk membasuh kain.

Dan akhirnya berjaya juga saya buat biskut raya. Bukan setakat 1, malah 3 jenis yang mudah-mudah dan sedap. Jom tengok bunga yang sedang berkembang dan bunga yang boleh dimakan :)

Oh ya, resepi biskut dahlia saya ambil dari Blog Treat&Trick. Saya copy and paste untuk rujukan kemudian hari.

DAISY COOKIES/BISKUT DAHLIA
Yield  :    50-55 cookies

145 g softened butter
60 g icing sugar
115 g corn flour
100 g all purpose flour
1/2 tsp vanilla extract
glace cherries for decoration

DIRECTION

Cream butter, vanilla and sugar until well combined. Do  beat too long.
Gradually mix in corn flour and all purpose flour to form into soft dough.
Using daisy cookies mold or cookies press fitted with star nozzle, press cookies onto baking pan.
Decorate as desired and bake for 20 minutes @ 160 C.
Leave in the pan for 5 minutes, gently transfer cookies onto rack to cool.
When completely cool, store in an airtight container.


Bunga setawar di halaman rumah
Macam bunga jejarum kan?

African daisy




Biskut dahlia
Yang ni hasil tangan anak bujang saya umur 9 tahun :)
Kali pertama buat satu bekas ni habis licin sebab anak-anak suka makan masa berbuka :)
Kali kedua buat dapat lebih dari 2 bekas. Harap-harap sempat bertahan sampai hari raya :)

6 comments:

  1. Replies
    1. Normi cemana pulak, byk buat biskut raya tahun ni? :)

      Delete
  2. cantiknyer bunge setawar tuh kak... msti seronok kan time musim bunge nnti...

    sedap nampak biskut raya akak tuh, rajin betul anak2 bujang akak ek mnolong

    Selamat Hari Raya utk akak sefamily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga buat Dana sekeluarga.. Seronoknya dpt beraya dgn kluarga di kampung.
      Bunga dah start kembang dah ni, musim bunga nanti cantik aje merata-rata boleh tengok bunga kembang.
      Budak2 ni mmg rajin tolong sebab diorang juga yg nk mkn :D

      Delete
  3. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.. heee..

    hai.. salam kenal,
    follower no.322
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal dan terima kasih sudi follow :)

      Delete