Monday, February 18, 2013

Grape picking lagi...

Aktiviti mengutip anggur lagi.. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama kami datang boleh tengok entry kat SINI dan kat SINI.

Kenapa nak pergi lagi? Sebabnya ialah nak petik anggur hijau pulak yang panggil white seedless.. (kalau tak silap namanya in english white sultana atau raisins camtulah). Anggur ni tak sesuai untuk penghidap kencing manis sbb terlalu manis mcm gula. Saya dah try, mmg betul manisss sangat! Selain dari tu ada anggur hitam dari jenis merlot. Saiznya kecil2 saja, tp bijinya agak besar. Anggur ni agak manis juga tapi tak semanis yg white seedless tu dan biasanya dibuat wine. Mengikut kata tuan ladang, dalam masa seminggu dua nanti ada orang yg akan dtg memetik anggur tu untuk dibawa ke kilang. Saya petik juga 2-3 gugus sekadar untuk makan.
Anggur merlot

Geram tengok

Siap bawa air lagi. Pastu tak tahan panas lari masuk dalam bangsal

Bangsal tuan punya ladang

Jom kita tengok gambar puas2

Siap ada sarang labah2

Ni yg sy petik.. sambil makan, sambil shoot gambar sampai bergetah tangan jdnya

Nak petik kena terbongkok2 sikit masuk bawah pokok

Kasi clear sikit :)

White seedless

Budak rajin menolong tp tak rajin makan :p

Buah dah tinggal hujung2 dah nak habis

Gerammm



Ok tunggu musim anggur tahun depan pulak ;)

10 comments:

  1. salam Umi..aduhai manissnya...grrrram lah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik, mmg manis semanis manisnya hehe.. sayang sekali nekcik jauh kalau tak bolehlah umi htr sebekas anggur yg manis :)

      Delete
  2. salam umi, awatnya tak habaq awaii nak pi ladang anggor lagi..amboi mmg tak mau ajak chek sekali ka...!!

    "salah satu nikmat syurga ialah kita dapat memetik buah-buahan mengikut keselesaan kita,contohnya sambil berbaring, duduk dan berdiri...subhanaallah hebat sungguh"

    bila tengok gambaq yg umi tayang ni pun chek dah tak terkata...!!!
    subahanaallah..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mona,
      Laa tertinggai lagi mintak mahap nooo patut la rasa macam tertinggai benda saja rupanya tertinggai orang hehe.. takpa tahun depan kita p lagi na.. nanti nak tanda kat kalendar siap2 kena talipon mona ajak p sekali :D

      Delete
  3. ya Allah..geramnya...dia kira mcm mana tu?brapa 1 kilo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kira sama gak sekilo $6 pastu dia bg la less sikit :D

      Delete
  4. Kak Ummi
    Adelaide tak apa grape picking. Mujurlah pokok anggur ada tepi rumah ni so pick your own ajelah. Nanti Gina blogkan yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnye ada pokok anggur tepi rumah. Manis tak buahnya? senanglah camtu tak yah pegi jauh2 utk grape picking :)

      Delete
  5. as salam...bestnya dapat petik anggur sendiri...geram tengok yang hitam tu..mesti ranum ajekan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Yati,
      Mmg pengalaman yg tak dapat dilupakan seumur hidup.. anggur2 tu semua mmg dah masak dan boleh terus dipetik. Nak petik dan makan terus pun boleh. Dia cuma akan kira yang ditimbang untuk dibawa balik. Makan kat situ free, mknlah banyak mana pun :)

      Delete