Tuesday, February 19, 2013

Wrought Iron Rack

Hari yang sama kami ke ladang anggur, pemilik ladang sedang sibuk di bangsal dengan berbagai barangan kelengkapan rumah dan sebagainya (tgh susun2, buang sawang dan basuh beberapa barang). Bila ditanya rupanya dia nak buat garage sale esoknya dan pelawa saya tengok kalau ada barang2 yg sy berkenan. Mulanya sy cuma ambil satu botol kaca dan satu bekas kaca berlabel coffee dengan harga $1 setiap satu.

Kemudian mata saya terpandang pada satu besi bercorak terlipat di pintu bangsal.. sangat tertarik mcm dapat bayangkan apakah bendanya. Bila tanya2, dia pun angkat besi tu letak ke atas meja dan pasangkan besi itu menjadi rak seperti gambar di bawah. Saya pun laju je tanya: berapa? Dia pun menjawab harganya dan saya terus cakap "saya nak!". Kemudian dia pun terkejut dan berkata yg dia berharap dalam hati yang saya akan berkata "tidak". Entahlah betul atau tak dia nak jual barang tu sbb nampak mcm dia sayang nak lepaskan rak tu. Sy cakap kalau keberatan tak mengapalah. Tp dia kata tak mengapa, sy boleh beli rak tu dan dapat botol yg sy nak sebelum tu percuma..tp ms nak bg rak tu, nampak dia mcm tak nak lepaskan aje hehe..ntah2 dia cuma nak basuh aje tak, tak sangka saya nak beli. :p

Hmmphh tak kreatif betul cara saya cerita kan? tu yg maleh tulis panjang2.. ha jom tengok koleksi saya yang terbaru.. ;)
Ok jugak ye kan? Boleh letak2 rempah2 atau apa2 barang

Kononnya dia nak basuh sawang, tp saya bawak balik dgn sawang2 :)
Sangat menarik




Pandangan sisi

Cemana ok tak? setuju dengan hiasan di atas? :p

16 comments:

  1. salam umi, la...lawa..segak aaaihhh sangat ok...ada lagi dak, hat macam tu..hadiah kat chek satu..!!!(melawak aja..naaaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mona,
      tunggu umi bukak kilang ni nanti boleh la bg hadiah satu kat mona.. no problem punya hehehe..

      Delete
  2. setuju~~
    hihi..nasib baik mat saleh tu tak main tarik2 rak tu kan..cantik,nampak sgt antik rak tu.
    kak umi,tumpg tanya boleh?kat sana senang tak cari cake stand yang cantik2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu2..Ada gaya macam tarik2 jugak la siap dok pegang mcm takmau lepas lagi hahaha..

      cake stand sini banyak dan cantik2.. cuma kena sedia ongkosnya, ada yg murah, ada yg mahal.. berkenan design yg mcm mana tu?

      Delete
    2. Sy berkenan tgk cake stand yg tinggi tp simple.cth mcm link ni http://www.sweetandsaucysupply.com/Cake-Stands/Pink-Round-Cake-Stand/prod_25.html

      Delete
    3. Insyaallah kat sana nnti nak rembat sebiji.tp xtau nk cari kat mana.last time cari xjumpa :p

      Delete
    4. Kat sini mmg byk kedai yg jual barangan dapur. Antara yg terkenal ialah House, matchbox, kitchen warehouse, wheel and barrow dan beberapa kedai gifts lagi. design mcm ni tak pernah nampak. tp mmg byk yg jenis stand mcm ni. dtg nanti rembat la satu, tak pun dua hehehe

      Delete
    5. Thank you kak umi.insyaallah nnti kat sana boleh beli.gigih google sume kedai kak umi list.tq again:)

      Delete
  3. Aslmkum Umi
    masih elok dan cantik lagi rak ni patutlah tuannya mcm syg nak bg.
    geram nengok buah anggur kat bawah itu...bestnya dpt kutip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama,
      Betul rak ni masih elok lagi. tuannya tu mmg minat barang2 camni sbb tgk keliling rumah dia pun byk hiasan wrought iron. katanya dlm rumah lagilah banyak, next time nak jemput tengok dalam rumah pulak. taktahu bila kurun, tahun dpn kot tu pun kalau dia ingat.
      Mmg best kutip anggur, tp tak boleh kutip banyak2 sbb tak larat nak makan. kalau strawberi boleh la buat jem, anggur ni no idea :p

      Delete
  4. salam kak ummi,
    rindu pulak garage sale, sayang msia xde kan, kalau garage sale ni, banyak sungguh boleh dibeli, semua elok2,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zul,
      Betul tu kan, kalau buat garage sale ni barulah boleh letgo barang2 yg kita tak pakai ke..takpun dermakan mcm diorang sini derma kat good sammy dan op shop yg lain. boleh jual kat kedai dan dpt fund utk tolong org2 susah.

      Delete
  5. umi, kalau saya beli bnda ni...saya akan jadi penternak labah2 yg sangat berjaya.....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu syu, lepas tu boleh jadi pengeksport labah2 pulak hehehe :D

      Delete
  6. gorgeous lah umi........mata umi nakal ekkkk, nampak ajer benda menarik,,...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. maknanya mata umi ni ok lagi la kan, masih terang boleh nampak lg benda2 menarik camnih.. phewww :)

      Delete