Thursday, February 28, 2013

Halal Products @ Cash & Carry

Masih ingat dengan pasaraya makro tempat beli barang secara borong? Sekarang dah tak ada pasaraya makro, dah jadi tesco extra rasanya.. haa konsep cash and carry tu lebih kurang makro lah. Pasaraya ni dibuka untuk org yg terlibat dgn bisnes aje mcm katering dsb. Yang istimewanya ahli RAC (Royal Automobile Club) dapat juga bershopping di sini. Boleh rujuk kat laman web RAC di SINI dan di SINI. Senang saja bila nak bayar cuma tunjukkan kad RAC anda itu.

Tujuan ke sini nak cari halal meat pie dari mrs macs dan kebetulan jumpa beef patties so beli sekalilah senang anytime nk makan beef burger :)
p/s: Senarai produk halal Mrs Macs boleh dirujuk di SINI. (scroll bahagian paling bawah)

Terdapat beberapa cawangan Cash & Carry di WA ini iaitu:
8 Geddes St 
BALCATTA 
WA 6021 
PH: 08 9344 7411 
Fax: 08 9344 3182 

dan
Baile Rd 
CANNING VALE 
WA 6155 
PH: 08 9311 6222 
Fax: 08 9311 6221
Website: http://www.cashandcarrywa.com.au

Apa yang menariknya, dalam halalbooklet yang dikeluarkan oleh WAHA, cash and carry Balcatta mendapat pengiktirafan halal di bawah kategori restaurant, cafe & takeaway. Boleh rujuk di SINI. Ada sesiapa yang pernah ke cawangan ini dan tahu ada kafe ke kat situ? ;)
Cash & Carry Canning Vale

Beef patties
Halal
Beli satu kotak pie ada 1 dozen

Halal certified dari masjid Perth

Dipek secara individu

Setiap pie halal ada logo halal.. jgn tersilap ambik pulak


Inilah pie nya..

12 comments:

  1. dekat tassie dulu mula2 ada jual, lepastu dah xde yg halal, yg haram je, pergi GC haritu baru jumpe balik pie ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar la pulak bila zul cakap pie yg haram hehehe.. cmn kat msia senang jumpa pie tak?
      Kat sini pun tak semua tempat ada. biasanya pie yang halal dia pek individually mcm ni. kalau kat supermarket dia pack mcm lain dan yg tu tak halal.

      Delete
  2. best kan umi, ada benda-benda macam ni, boleh buat stok kat rumah, amat berguna esp time emergency ada org datang...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dini. senang keje org dtg tiba2 terus hidang pie.. tp org sini tak heran dgn pie dah. lainla kalau org msia dtg sini mkn pie mesti sukaaa :)
      Wow Dini buat GA ya menarik tu.. sgt unik :)

      Delete
  3. salam umiyumi....tu dia, sekali beli dozen terus.tapi betul la kan tempat yg susah dpt supply, klau sekali jmp better borong sakan kan. btw mcm best je instant pie tu, xdak jmp plak kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis,
      Tepat sekali bkn senang nak dpt makanan mcm ni sbb tempatnya bukan dekat dgn rumah itu yg kena beli lebih sikit. Ikutkan pie ni export quality, tak tahulah ke mana dia export. Kalau ke Msia pun mungkin kat tempat tertentu agaknya? Kat sini pulak pie tu cam makanan standard kat kafe :)

      Delete
  4. Salam kenal sis..saya nak tumpang tanya di perth ada tak kedai yg menjual video game utnuk psvista..?anak pesan untuk belikan, saya akan ke perth 7/3-12/3 nii itu yg nak tanya kalau2 sis tahu..senang nak terjah jeee..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga..
      Rasanya ada beberapa tempat macam big W, k mart, target dan juga kedai2 elektronik mcm Dick Smith dan JB Hi-Fi. Kat kedai2 mcm ni mmg ada section yg jual video game :)

      Delete
  5. Salam Umiyumi..laaa kalau kat mesia ni cash and carry ni jual barangan terpakai..cash convertor...Nekcik punya peberet spot tu..ohh kat sana jual makanan ye...
    Kat Sydney hari tu Nekcik tengok banyaknya barangan halal...belacan pun ada!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik,
      Kat sini pun ada kedai cash converter tu, konsep sama menjual barangan terpakai. Cash and carry ni barang2 runcit.
      Haa betul kat sini mcm2 barang ada, termasuklah belacan. org kita ni kan susah nak tinggalkan belacan :)

      Delete
  6. Salam Kak Umi,bestnyeeee beef & cheese pie.sbb kak umi la kami kenal mrs mac ni,kalu x kami pun xtau ada yg halal.hubs suka benor pie ni dari pie yg beli kat danish patisserie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani,
      Ye ke camtu.. Alhamdulillah.. Info yg mcm ni kena share sbb tak semestinya ada satu tempat/brand pie aje kan. Budak2 kat rumah ni pun suka sangat pie mrs macs. k umi pulak bkn jenis mkn pie, suka beli aje he he

      Delete