Thursday, April 11, 2013

Apam polkadot dan kuih lompang

Apam polkadot ni saya buat untuk projek buku masakan sempena ulangtahun sekolah anak-anak yang ke 60. Bagus betul diorang ni ada yang sukarela buat buku masakan, disamping perancangan untuk buat School Fair bulan Oktober nanti. Ada kelas yang akan buka gerai makanan, gerai fresh produce dan lain-lain terpulang pada guru dan ibu bapa pelajar. Untuk gerai fresh produce ni, guru, pelajar dan ibu bapa terlibat akan mula menanam sayuran untuk dijual di gerai kelak. Menarik betul kan? Bolehlah plan nanti nak tanam sayur apa. Sekarang ni saya baru tanam sayur bok choy dan pak choy. Bila sayur dah besar sikit saya amik gambar dan letak kat blog ;)

Memandangkan dah gunakan periuk kukus untuk buat apam polkadot ni, saya terus buat kuih lompang. Maklumlah dah lama tak makan kuih lompang. Mula-mula buat tersilap ambik resepi, kemudian adjust guna resepi lain pulak. Nasib baik menjadi walaupun tak berapa memuaskan. Tak mengapa, nanti cuba resepi lain pulak. Sebab tak plan nak buat lompang ni, saya cuma tabur kelapa parut kering. Tak berapa ngam sangat, lainkali boleh rancang betul-betul baru beli kelapa dan parut sendiri.. Best jugak tu, boleh buat lepat liat (manis) sekali.. tapi kena beli daun pisang pulak kan. Hmm macam-macamlah idea bila datang tu :p

Seperti biasalah.. jom tengok gambar.. :)
Kontrol habis nak dapatkan dot yang cantik

Saya suka kombinasi warna ni

Boleh la tu kan.. hantar kat AJK untuk sesi fotografi

Check dulu bahagian dalam.. orait, dah masak elok :)

Kuih lompang tak berapa menjadi

Memang tak cantik langsung

Tapi boleh la dimakan he he he.. masih sedap.. saya bagi markah 6/10 aje.. :p

8 comments:

  1. apam polkadot tu sgt cantik.. gandingan color yg saya suka pink+blue hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Atie, samalah warna kegemaran kita ya?

      Baru balik melawat 'rumah' Atie tadi, terliur tengok ayam percik. Sedap betul tengok masakan Atie :)

      Delete
  2. awesome..kuih lompang tu ok jer alin tengok...sedap di makan..yummo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu2 Alin.. tgk tu mmg ok, tp masih belum puas hati lagi sbb tak letak kelapa parut yg fresh :p

      Delete
  3. wah! zaman kecik2, selalu mak buat kuih tu, tak ingt panggil apa, tapi guna acuan kecik2 tu, yg ceramic, sekarang dah xde kot, pastu letak kelapa, sedap sgt2,lama x makan, more than 10 years rasanya, heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih lompang namanya, Zul. K umi pun ada acuan seramik kat rumah di KL.. tp datang sini bawa acuan plastik aje sbb berat nak bawa seramik.. hehe.. haa bulan puasa ni ce cari kat bazaar ramadhan mesti ada. Mcm2 kaler lagik..

      Rasanya ada gerai yang jual lagi kuih ni. senang aje nak buatnya, kalau Zul boleh buat roti canai/murtabak, kuih ni lagilah kacang. Cuma bancuh adunannya dan tuang dalam acuan kecik dan kukus :D

      Delete
  4. Salam Kak Umi,kuih lompang tu mengiurkan..mmg kalau cari kat gerai suka mcm kak umi buat..selalu yg cantik sgt bentuk msti kurang umphh:p
    Kaler apam pokadot tuh mmg mengancam..masuk magazine ke k.umi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani,
      Haha segan la lompang comot camtu dengan kelapa parut sepah2 hehehe.. tp nak makan sendiri punya pasal kan tak kisahlah. Itulah kadang2 nampak cantik, tapi rasa tak sedap. Tp kalau rupa buruk pun takut tak ada org nak makan :p

      Apam polkadot tu k umi buat sampel dan hantar kat team cookbook. Diorang nak amik gambar untuk masukkan dalam buku masakan.. hopefully cantiklah. Tak sabar nak tunggu tengok buku tu nanti :D

      Delete