Sunday, April 7, 2013

Jalan-jalan ke Subiaco Station Street Markets

Baru-baru ini kami telah berjalan-jalan ke Subiaco Market untuk melihat apa yang menarik di situ.

Subiaco Market merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong dan penduduk sekitar untuk membeli belah pelbagai sayuran segar, rempah ratus dan juga makan-makan bersama kawan dan keluarga di gerai makanan yang ada di sini. Pendek kata ada macam-macam di bawah satu bumbung. 

Market dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk hari kelepasan Isnin dan Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Manakala kedai menjual sayur-sayuran pula dibuka lebih awal mulai 7 pagi.

Alamatnya ialah:
41 Station St 
Subiaco WA 6008
Tel: (0) 9382 2832
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web berikut: http://www.subiacomarkets.com/

Jom kita tengok apa yang ada..
Gerai menjual bunga segar

Kedai buah dan sayur yang menjadi tumpuan.. harganya mungkin rendah sedikit dari pasaraya

Kedai french patisserie pun ada
Geram tengok croissant dan french bread
Nama kedainya.. menariknya di sini majoriti peniaga dan pekerja adalah orang Asia ;)

Danish pastry, choc croissant.. mm telan air liur

Jangan risau, ada gerai halal  orang Malaysia di sini siap jual satay lagi :)

Kat bahagian hujung ni jual pakaian dan macam2, terasa mcm jalan kat Bukit Kayu Hitam pulak :p

Kawan saya tengah cari rempah apa lah agaknya tu :)

Kedai rempah the spice library

Sos, minyak zaitun dan zaitun jeruk

Nak maruku dan kekacang? Tak ada masalah :)

Ramai betul beraturnya.. 

Macam teringin nak beli tembikai tapi malas lah sebab kena beratur panjang

Gerai ni pun ada tapi barangnya sangat mahal. Cuci mata aje la
Inilah pasarnya, pandangan dari luar (pintu masuk)

Bertentang dengan pasar ada kedai Pizza dan Kebab halal. 

Stesen komuter Subiaco.. senang nak datang ke sini

Itu tren fremantle dah sampai

Perut kenyang dah makan churros sebelum tu

Subiaco station at Subiaco Square Road

4 comments:

  1. Salam Umi:) Wahhh gambar semua cantik2 Umi;) Subiaco market pernah singgah sekeajp dulu:) bestnyerr nampak barang2 semua tu:) but the ebst budak yang pakai topi tu..i loike;);)Tiap kali nampak kebab ni emsti lah leleh2 Umi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zu,
      Terima kasih.. itupun umi rasa masih kurang clear lagi gambarnya hihi.. kalau boleh buat video barulah real kan, ini letak gambar besar2 pun dah penuh kuota :p

      Mmg seronok tgk pasar mcm ni, paling best dapat beli bendi dgn harga murah. Mimpi lah nak dapat sebungkus dgn harga $1 kat tempat lain. Kebab sini pun sedap, tambah2 bila balik Msia mmg teringat2.

      Budak pakai topi tu sebenarnya dah hilang topi sekolahnya, nasib baik ada jual kat situ. Mahal sikit tp dia dah berkenan so beli jugaklah :D

      Delete