Thursday, April 4, 2013

Makan-makan laksa

Rasanya dah lama tak buat laksa.. kebetulan ada kawan yang lama tak jumpa. Seronok juga kalau jumpa kawan sambil buat makan-makan ni kan? Tambahan pula bagi yang dah lama tinggal di sini, dah tentu lama tak makan laksa. Maklumlah mana ada pasar malam tiap-tiap minggu macam kat tempat kita. Ada pasar malam sekali sekala pun belum tentu ada jual laksa. Kalau bernasib baik, waktu open house hari raya kalau ada yang buat laksa tu baru lah kita boleh merasa, kan?

Jom kita tengok hidangan yang ala kadar ini. Tak sesempurna di tempat sendiri yang lengkap dengan hiasan ulam-ulaman (kalau ada pucuk gajus alangkah sedapnya), tapi sangat bermakna bila dapat mengubat kerinduan pada makanan yang popular ini :)

p/s: Selain dari hidangan laksa dan pasta, saya ada sediakan puding laici dan red velvet cupcake sebagai pencuci mulut. Tak sempat ambil gambar puding laici.. red velvet pula saya akan update entry seterusnya. Kawan-kawan juga murah hati bawakan makanan. Terima kasih sudi datang harap kenyanglah dapat makan haritu ya :)
Laksa kering ni saya kawan saya tolong bawakan dari KL.. rupanya baru-baru ni baru terjumpa laksa di kedai oriental :p

Daun salad, selom dan pudina dari kebun sendiri :)

Sebelum jamu tetamu, tuan rumah kena rasa dulu semangkuk manalah tahu tak sedap pulak :p


Untuk yang tak makan laksa, saya sedia pasta goreng. Alhamdulillah semua orang makan - kecuali budak2 yang sibuk bermain :)

18 comments:

  1. As salam. Cik umi sayang ooi. Ni chek betoi2 marah geram jeles...hang tau chek mmg gila meroyan kalau nampak laksa!...saja..no nak layorqq kat chek...nooo. nanti chek layorqq serabai cicah kuah derian...baru hang tau..!!! Hikkk...hikkk. nak tanya cikit cik umi tak balik mengundi ka. Chek masuk calon cap ubat klorok simen...!! Jgn lupa tau rait naa...bukan pangkah tau...pangkah tu salah namanya cikgu chek habang. So kena raittt la tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cheq Mona.. jangan marah, jangan geram jom pekena abc sebelum tu kita boh nasi kandaq pedaih2 baru sedap aih..

      OO rhopanya dia takleh tengok laksa noo.. isk umi ni antara laksa dgn serabai umi lagi suka laksa tauu.. isk masuk calon PRU ka. patut ubat simen dah habih kat kedai ni mesti kerja cheq mona ni.. padanla undi rosak, ada org dok raitt tu. haa orang kata kalau kita tak suka orang tu, kita pangkah. betui kan?

      Delete
  2. Syoknya dpt ajak kwn2 mkn Laksa Dan pasta
    Syok juga Dpt petik ulam2 kt kebun sendiri...fresh
    Puding laici dan rv sure sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok kak, berbaloi kita penat2 memasak bila tengok org makan bertambah2 lagi. Diorang kata sedap lagi lah bonus untuk kita. Seronok dapat petik ulam2 kat kebun sendiri, sekarang ni musim paling elok untuk tanam macam2. Umi baru saja tanam sayur sawi tak sabar nak tunggu dia besar.

      Puding laici dan RV mmg ada peminat. Sengaja buat menu yang tetamu dan kita suka makan he he he :)

      Delete
  3. sedapnyer, kalu di perantauan tuh dpt kumpul2 sambil mkn makanan melesia msti tak lepaskn nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dana, bila duduk perantauan ni kawan2lah jadi keluarga. Tambahan pula dapat pula merasa makanan dari tempat kita. Kalau nak buat semuanya dalam satu masa dah tentulah tak mampu. Bila berkumpul macam ni dan ada yang bawa makanan lagi dah tentu penuh semeja jadiknya sampai tak tahu nak pilih :)

      Delete
  4. t.e.l.a.n.....a.y.a.q.....l.i.u.q...(-___0)glup~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang buat telan air liur tu? Laksa ye? :)

      Delete
  5. Replies
    1. Alamak segan la nak bagi resepi hikhik.. k umi pakai sos pasta stir fry leggo yg dalam botol tu aje.. cuma tambah capsicum dan meatball, goreng sekali dgn pasta :D

      Delete
  6. Replies
    1. Harap2 kenyanglah mkn haritu. kalau teringat2 tu maknanya apa ya? hehehe :)

      Delete
  7. salam ...apa kata Umi bukak gerai laksa kat astolia tu..ajar pak teh makan malaysian cheese!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik.. itulah ingat nak buka gerai kat depan rumah ni. Agak2 laku ke? Dah buka gerai laksa kenalah buka gerai air sekali takut ada yang pedas. :D

      Delete
  8. Replies
    1. Cemana Wati, nampak sedap tak? :)

      Delete