Wednesday, April 3, 2013

Makan Churros di Chocolateria San Churro, Subiaco

Baru-baru ini kami telah ke sini untuk berjumpa kawan-kawan sambil makan churros (spanish doughnut). Menariknya churros ini berbentuk panjang, tidak seperti donut biasa berbentuk bulat. Selain itu istimewanya di sini ialah churros di makan bersama sos coklat yang dibuat dari coklat sebenar (real chocolate).

Apakah dikatakan REAL Chocolate:
Only couverture chocolate can be called REAL chocolate. What distinguishes REAL couverture chocolate from the inferior imitation confectionary variety is that it is high in cocoa solids and rich in cocoa butter, using only 100% REAL cocoa butter (no vegetable oil or other inferior substitutes). Only REAL chocolate gives you that extraordinary rich, creamy, melt-in-your-mouth flavour, because that comes from the cocoa solids and cocoa butter in the chocolate, which are both extracted from the crushed cocoa bean.

Jadi, selepas makan churros dengan sos coklat yang sedap tu, kurang sesuai rasanya kalau ambil minuman bercoklat lagi (ada review yang kata minum choc drink serupa macam minum coklat yg dicairkan). Oleh itu kami telah memilih menu baru di dalam menu iaitu fruit smoothies yang sangat menyegarkan.

Ada beberapa cawangan San Churro di Perth. Alamat kedai di Subiaco ialah:
Ground Floor, 1 Rokeby Road
Subiaco, Western Australia
Australia 6008
Phone: 08 9388 2288
email: subiaco@sanchurro.com.au
website: http://www.sanchurro.com/index.php

Jom kita layan gambar pula...
Buku menu
Tengok gambar pun dah terliur, kan?

Boleh pilih set churros dan buah-buahan seperti pisang dan strawberi cicah sos coklat


Peminat coklat sampai terbeliak biji mata :p

Jom kita tengok apa yang ada dalam kedai

Coklat arnab yang sangat besar

Inilah rupa churros

Churros for two dengan pilihan 2 dipping sauce

Coklat arnab dan telur lagi

Macaroons pun ada.. yg ini salted macaroon

Dipping sauce: milk choc dan dark choc

Tak sure air apa ni sama ada choc hazelnut,

atau cookie cha cha

Harga cookie cha cha

Harga minuman choc hazelnut

Napkinnya kata tak pe buat sepah (mess) pun hi hi..

Burstin Berry Smoothie (gluten free drink)

Mucho mango smoothie juga gluten free

Sy ni jarang minum jus mango tapi yg ni mmg sedappp sangat

Harga smoothies

Macaroon yg crunchy di luar, chewy di dalam

Ok dah dah la tu... dah kenyang makan jom balik

Ni lah nama kedainya

Nak makan kat luar pun boleh.. alfresco dining

Kedai ni duduk tang kona, kat simpang..berdepan dgn pasar lama dan berdekatan subiaco station

16 comments:

  1. Jauh bebeno...kalau kek seromban..boleh den poie...mntak umi blanjo churos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasonye kek KL pun dah ado orang jual churros ni Nekcik. Haa.. ni umi jumpo kek sini http://www.churrosroyale.com/ tapi tak tahulah samo sodap ke idoknye dgn churros kat sini :)

      Delete
  2. Depa kata rasa macam cakoi, betoi ka k.umi? Sedap la nampak - hish malam2 ni nak p cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isk mana sama rasa cam cakoi. Macam donut biasa, lembut. Cakoi liat2 sikit kan. Churros ni lepas dia goreng atau bakar, dia akan tabur gula sikit atau serbuk kayu manis ikut pilihan kita. sedappp.. tambah2 cicah coklat.. adoii malam ni mesti tido mimpi churros :D

      Delete
  3. As salam. Amboi datin umi...jauhnya pi makan churro..chek bekenan sungguh tengok tempat tu...nampak selesa..teringin la nak pi...churro cicah kuah derian ada dak...x pon cicah kuah Kacang. Eeemm bila tokdin nak pi sana bulih chek pi teman tokdin...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Puan Sri Mona.. hhehe eh mana lak jauhnya, kedai kat belakang rumah ni sajaa.. isk kalau ada cicah kuah derian ada la mat2 saleh situ yg pengsan pasai depa tak tahan bau..

      Nak mai sini dgn tokdin ka.. tokdin pun teringin nak mai lagi tu tp la ni dok jaga cucu. kalau jumpa tokdin kat market ka ajak la teruih beli tiket la la tu jugak :D

      Delete
  4. harap suati hari saya farah dpt rasa churros nih. time preggy dulu i ngidam churros nih. huhu padahal tgk gambar je pun. Insyaallah bulan 6 ni nak p perth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan 6 ni boleh lah merasa. Ada cawangan kat city, fremantle, hillary's harbour dan mandurah. Mesti tak miss punya..

      Cuma masa nak order tu order sikit dulu sbb tgk menu mmg mcm nak makan semua.. sebabnya mkn sikit pun dah kenyang :D

      Delete
    2. dekat fremantle ada ye kak? harap farah jupa nnti. rasa manis ye kak? teringin lama dah ni huhu

      Delete
    3. Haah dkt fremantle pun ader. mmg manis.. nanti dia tanya churros nak sprinkle dgn sugar atau serbuk kayu manis. ;)

      Delete
  5. amatlah mengundang nafsu makan...baru jek nak diet..tak aci..kena buat churros gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeles lah kalau Su diet tu pasal kena tayang bg terliur hahaha.. pstt dah buat churros tu share lah resepi. rasanya sonang aje nih

      Delete
  6. yaaaa ummi...!!! yaa ummiiii...!!! gerraammm sunggoh tengok churros tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kalau geram apa lagi Kak, tengok kat KL pun dah ada jual ni. :)

      Delete