Monday, April 22, 2013

Cuti2 ke countryside - PART 1

Cuti sekolah baru bermula dan kami memulakannya dengan percutian di countryside. Tak jauh pun jaraknya cuma kira-kira 240km dari rumah. Ini kali pertama kami berjalan jauh sedikit, itu pun hanya untuk 3 hari 2 malam, macam program percutian bajet kat tv dulu tu kan? Ini juga kali pertama kami membawa Kymba bercuti bersama.

Jom tengok gambar..
Sepanjang jalan beginilah pemandangannya.. tapi ada juga kawasan yang banyak pokok di kiri kanan jalan

Kami menyewa cottage di bahagian belakang rumah ini
Rumah utama.. dulunya didiami pemilik. Kali ini ada satu keluarga yang menyewa di sini sama seperti kami


Apa yang menariknya adalah ada 2 katil single di bahagian bumbung (attic)

Ruang makan dan tangga ke atas

Ruang menonton yang selesa

Lukisan di dinding

Kymba sibuk meninjau kawasan.. mencari jalan keluar :p

Sofa dengan pelbagai novel.. kalau duduk lama-lama seronok dapat membaca buku di sini

Seronok sangat dapat ke sini

Samalah dengan abangnya.. Kymba tu tak dibenarkan keluar sebab ada banyak burung di kawasan ini

Penjaga pintu masuk. Waktu malam buat saya saspen aje

Pintu masuk cottage..sebelah kanan ialah dapur.

Dapur yang agak lengkap. Tapi kami bawa sendiri periuk nasi, kuali, pinggan hatta sudu garfu

Di beranda, ada hiasan barang logam lama

Juga kerusi untuk bersantai dan minum teh. Tapi kami jarang di sini kerana ada anjing yang suka berkeliaran di sini

Kymba merenung keluar.. agaknya geram dengan burung yang banyak di kawasan itu

Katil di tingkat atas

Agak gayat hendak turun he he he

Kerusi berdekatan fireplace yang masih berfungsi

Placemat, coaster dan hiasan bunga.. Mulanya saya ingatkan bunga plastik

Gelas dan mug tersusun cantik

Pemandangan lembah dari balkoni

Hari kedua tengok ada kelopak yang jatuh baru saya perasan ini bunga betul!

Sarapan kami yang ringkas.. pemilik sediakan susu dan serbuk kopi

Croissant dibeli dari danish patisserie sebelum kami ke sini

Suka dengan lampu ini

Close up

Sayang sekali tak boleh duduk lama-lama di luar

Kayu api untuk fireplace

Hiasan di bahagian luar rumah

17 comments:

  1. cantiknya cottage ni...
    syoknya ada loteng...anak2 sure suka turun naik kan . Dapur pun cantik...berapa per night ummi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik cottage ni Kak, tambah2 bila dapat tengok sendiri. Budak2 mmg suka tidur di loteng. Bkn setakat diorang rajin turun naik, Kymba pun suka naik tidur di atas. Harga untuk satu malam ialah $170.

      Delete
  2. waa...kymba pun ikut berjalan yea..cantik cottage ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kymba pun ikut sama berjalan, tp mungkin dia frust sikit sbb kena kurung dalam rumah. Mmg cantik betul cottage ni, tempatnya pun sejuk :)

      Delete
  3. blalah dapat g bercuti mcm ummi..best sgt rasa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. umi pun first time bercuti mcm ni.. dah lama teringin dan plan, maklumla ada yg kerja, yg sekolah, nak kena ambilkira kymba tu lagi hehehe

      Delete
  4. bestnyer dpt berjalan. saya ingat kalau sempat nak gi york lagi skali. tp balik hari la. suka tgk bangunan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time berjalan jauh kat sini, tak sampai lagi Albany. Kami jalan dekat2 sbb susah nak tinggalkan si kymba tu. Balik kampung pun kena cari orang tolong jagakan, macam ada anak kecik pulak hehehe..
      Ada dengar pasal York tu. menarik juga, hopefully dapat pegi juga satu hari nanti :)

      Delete
  5. salam kak Umi
    cantik lah cottage ni.tenang je tengok(ada rasa nak beli rumah kat sana x? :p )
    hehe comel tengok kymba melawat kawasan rumah.kak Umi dah balik ke or masih disana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani,
      Mmg best cottage ni, sgt aman rasanya duduk sini. Isk kalau mampu dah tentu teringin nak beli rumah kat sini. Doakan la moga murah rezeki boleh la beli :)
      Kymba tu frust sikit sbb dia nak keluar tapi tak boleh. Kesian pulak. K umi dah balik dah ni, duduk 2 mlm aje ;)

      Delete
  6. Best iye kymba jln2 makan angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kak, seronok betul kymba dapat makan angin :D

      Delete
    2. Akak ada kucing jugak tp tak pernah bawak makan angin. Bila gi weekender selalu minta mak sedara suami tolong bagi makan semua. Takut nanti kita bawak dia tak nak balik pulak... ;)

      Delete
  7. salam kak ummi, lama lagi x kat perth, rasa macam nak pi sana lah, haha, tunggu kumpul duit dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zul,
      Boleh, datanglah jalan2 ke sini. Kalau tiada aral, k umi mungkin ada kat sini dalam setahun lebih lagi :D

      Delete
  8. Salam puan, macamana nak sewa cottage ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Boleh check melalui link ini http://www.stayz.com.au/accommodation/wa/south-west/balingup/68786

      Sebelum ni ada satu katil queen dan 2 single, sesuai utk family. Tp sekarang cottage ni dah buat reno dan cuma ada satu katil queen, hanya muat utk 2 org.

      Delete