Tuesday, April 9, 2013

Pinggan mangkuk terpakai lagi...

Nak tengok koleksi pinggan mangkuk terpakai saya yang baru? Tarik nafas dulu.. takut banyak sangat gambar he he he.. sebelum tu layan gambar balang gula-gula saya dulu..
Balang gula-gula (yang ni baru, bukan terpakai)

Pinggan 3 beradik

Ada 3 saiz berbeza

Gambarnya pun tak sama.. setiap satu menunjukkan istana lama

Chatsworth in 1792

City of Exeter in 1792

Blarney Castle in 1792

Suka tengok corak sekelilingnya.. kalau kat Msia corak mcm ni sy suka koleksi dari Claytan

Koleksi Old Britain Castles.. 


Bertuah betul hari yang sama dapat soup tureen ini..Nampak keadaannya masih elok lagi di bahagian atas
Tapi di bahagian bawah dan tepi ada retak macam ni..

Tapi masih tak percaya dapat beli dgn murah kerana ini barang antik

Teko ni beli kat sunday market Karrinyup

Tertarik dengan bunga yang simple dan jalur-jalur di badan teko

Penutupnya juga cantik

Dari Spain ni.. jauh juga dia datang :)

12 comments:

  1. Salam umi
    Uwaaaa suka teko tu...unik
    Akak mmg suka kumpul teko.
    Tempat umi letak gula2 tu...sama mcm akak punya, Tp akak letak kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak,
      Mesti dah banyak koleksi akak kan? Suka yang baru ke atau teko jenis lama? Kat sini ada satu kedai jual teh dan kelengkapan minum teh. Kalau kak masuk kedai tu mesti geramm.. umi pun satu hari nak try beli jugaklah. so far belum berani beli sbb tgk satu set cawan dan piring pun dah $20+.. telan air liurr..

      Akak letak kopi dalam uncang ke atau serbuk kopi dalam balang ni?

      Delete
    2. Serbuk kopi Ummi...Serbuk kopi kapal api...tak keras Kalau masuk udara...Tp balang tu kedap udara juga :)

      Delete
    3. Ooo sedap tu serbuk kopi kapal api. Umi pun peminat kopi tegar ni, kalau tak minum kopi satu hari tak sah. Tp terpaksa kurangkan kopi dah sbb angin. Taktahu kenapa. So sekarang dah tukar minum nescafe, ok pulak :p

      Delete
  2. cantek lah ummi... tak rugi kan simpan barang2 lama ni.. kalau dah minat tu, mmg tak boleh di pisahkan ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak.. sebelum ni ingat nak slow down dah tapi bila terjumpa aje terus tak ingat apa, terbeli pulak dah.. :p

      Yg menariknya barang mcm ni ada value kan. Mana tahu suatu masa dah jemu boleh jual pulak :)

      Delete
  3. salam ummi......wah cantiknye. ros suka yg plates tu. cari stand display cantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ros,
      gantung kat dinding pun cantik menawan.. :)

      Delete
  4. salam kak umi....bestnya dapat tureen yang cantik tu...J&G Meakin England kan...pinggan JB tu pun cantik gak...kat sini pasaran dah cecah ratus2...kat sana leh dapat murah lagi erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sya,
      Kebetulan mmg luck k umi dpt beli dari org yg cuma nak clearkan barang yang dia taknak dah. Dia pun cam happy k umi beli dari dia. Kalau dapat kat penjual barang antik kat sini mmg diorang akan letak harga yang mahal jugak. Itulah, ada juga tengok harga kat Msia dah beratus2..:p

      Delete