Minggu ni aktiviti betul2 terisi. Hari Sabtu berjumpa dengan Alin dan Pat di Tina's kitchen. seronok sembang2 sambil makan2. Hari ini pula terima undangan kenduri doa selamat dari Cha dan Faizan. Rasa sekejap sangat masa berlalu, mungkin sbb seronok sangat dapat berjumpa dan berkumpul ramai2 mcm ni. :)
Oh ya, berbalik kpd cerita kebab ni, sptmana post saya sebelum ni tentang review yg bagus tentang kedai ni dan kebabnya yg sedap itu. Kami pun telah membuat siasatan dan hasilnya ialah gambar2 di bawah. Apa yg kami order ye.. hmm budak2 ni masing2 nak egg and cheese pide. Pide ni adalah sejenis flat bread. hubby sy order beef kebab dan saya pulak lapar sikit nak mkn chicken burger aje. perut masa tu mmg tgh lapar, so semuanya clear. Alhamdulillah. mmg sedap. tp time lapar semua sedap kan? hehe tp betul la sedap. portion daging adalah banyak, burger ayam saya pun dia tak letak hirisan daging dari ayam kebab tu mcm kedai kebab lain sebaliknya dia letak sekeping schnitzel. mmg rangup dan sedap.
selang beberapa kedai dari sini ialah kedai oriental. ada juga kedai masakan Msia tp tak pasti halal atau tak sebab tak ada letak apa2 logo halal. kebetulan kami datang ke sini hari Ahad dan kebanyakan tutup kecuali beberapa buah kedai termasuk IGA. rasanya di hari2 biasa tempat ni jadi tumpuan student2 UWA yg tinggal berdekatan.
mamat pide |
a cuppa cappucino |
egg and cheese pide |
chicken burger |
beef kebab |
broadway shopping centre |
mamat dgn penguin kesayangan |
mkn licin siap habiskan makanan adiknya sekali |
Alamat kedai:
88 Broadway, Nedlands, WA 6009 Australia
Opening Hours
Seven days 10.00am to 10.00pm
Telephone
p/s: GA terbaru coming soon... tungguuuu ;)
As salam Umi,
ReplyDeleteUntungnye sana byk kedai halal... Tgk semua tu sedap je... Skrg ni kalau org lain masak bg Marya semuanya jd sedap ;))
Wsalam Marya,
Deletemmg betul sini byk kedai halal. tu yg rasa lega sangat bila time dah jemu mkn masakan sendiri dan juga bila dah habis idea nak masak apa kurang2nya ada pilihan mkn kat luar pulak. :)
kebab Arab adalah salah satu makanan kegemaran saya, aroma dan rasa dia tu yang unik !
ReplyDeletebetul tu kan Yana, lain dari kebab yg jual kat pasar malam :)
DeleteKak Umi, ararat memang best! Rasanya sama tauke dengan Kebab Black Sea di Bentley Forum...
ReplyDeleteOh patut la.. haritu pegi Black Sea pun dia kata dia ada lg satu kedai dekat2 UWA. inilah rupanya. memang bestt.. camni mlm2 nak p mkn kebab yg sedap pun dah tau cari kat mana ;)
Delete