Tuesday, July 31, 2012

Menu ikan dan sotong

Kat sini ayam dan daging rasanya lebih murah dari makanan laut. Kadang2 tu mmg teringin sangat nak beli ikan walaupun mahal, tapi nak beli pun tak kenal ikan jenis apa. Ikan yang dijual di pasaraya ni biasanya dah dipotong dalam bentuk slice dan fillet. Jenuh juga nak google apa nama ikan dan mcm mana rupa ikannya itu. Salmon tu tahu lah.. Dahla saya ni cerewet sikit cuma suka ikan tertentu saja. Untunglah ada kedai2 oriental yang menjual ikan frozen diimport dari Malaysia. Antara ikan yg ada ialah ikan kembung dan bawal hitam dari Vietnam. Baru2 ni terjumpa ikan cencaru.. sangatlah sukanya dapat buat ikan belah belakang.. fuhh makan sampai tak ingat.. tambah2 pulak buat pindang mmg ngam sangatlah.

Dan ada satu hari masa pusing2 kat bahagian seafood di Coles, ternampak sotong pulak terus borong semua yang ada dalam bekas, beratnya dalam 3kg. 1kg harganya $9 kalau tak silap. tp sebab jarang ternampak tu yg ambik semua buat stok. Sekali sekala dapat makan seafood macam ni terasa sangat bahagia hehehe

ikan kembung bakar
dengan cili kicap

ikan belah belakang super sedap


kari sotong

8 comments:

  1. Salam Umiyumi.sedapnya nengok sotong tu...kat tempat akk dah dkt 3 bulan kut tak jumpa sotong...ikan kembungpun dah lama tak da jual.samalah Umi kat sinipun mahal seafood berbanding Msia.ikanpun mahal kecuali ikan talapia, keli dan mekarel yg agak murah sikit.
    re; resepi bamia ni mmg elok masak guna slow cooker...merenih plan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama,
      sbb tu umi borong byk2, sbb susah nak jumpa. kalau jumpa pun dah la mahal, ada pun ciput beberapa ekor je hehe..
      hr ni try masak kuah soto dalam slow cooker, nanti boleh try resepi bamia tu pulak. lgpun stok frozen okra ada byk lagi. rasanya mcm mana ya, ada mcm kari mamak ke? :D

      Delete
  2. as salam umi...

    jgn takut.. xde sapa pun yg melintas kat depan mahupun belakang, belasah je makan..biar tak hinggat donia..tapi kena ingat tulang lah yer....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ucu,
      haha mmg tak ada pun yg melintas depan belakang. kucing pun tak berani melintas. lgpun kucing mkn makanan dlm tin aje hehe..
      itulah kan, bahan makanan yg mudah dapat kat Msia dah jd barang mewah kat sini. tu yg fikir betapa senangnya rakyat Msia. org2 kat sini pun komplen harga barang mahal :D

      Delete
  3. Salam Umi...k.atie pon klu bakar ikan/rebus kerang..suka buat cili kicap tu.Sedapkn

    Dulu HB xpandai nk cicah2 camtu...skrg klu bakar ukan mesti tanya cili kicap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Atie,
      kerang mmg tak pernah jumpa kat sini. kalau jumpa mmg umi borong semua haha.. mmg sedap ikan bakar dan kerang cicah cili kicap. umi suka air asam, tp kalau letak belacan, ada pulak yg tak tahan asyik nak bersin hehe..

      lg satu rindu dgn ulam2 kampung. kalau mkn sedap2 tu ingat2lah kami di sini :)

      Delete
  4. hmm perasan gak..nape ikan dgn seafood mahal ye kak umi..perth tu bukan kat tepi laut gak ke..ke diaorg tak turun ke laut.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su,
      Dulu k umi terfikir mcm tu jugak. hmm mungkin diorang kena turun ke laut dalam guna bot besar baru boleh dpt ikan kot. sbb tu mahal sbb kos tinggi.

      kalau mancing kat jeti tepi laut cuma dpt ikan kecik2 mcm sardin aje. mancing kat jeti sungai pulak lg best dpt ikan buntal :p

      Delete